At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 36 : Kejelekan Ad-Hominem

7 0 0
                                    

Saya ingin buka persoalan

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Saya ingin buka persoalan. Apakah sebab pendapat ahli ilmu diakui kebenarannya? Adakah kerana namanya itu sendiri yang mempunyai pengaruh atau kerana dia ada penampilan yang dimahukan atau kerana ketepatannya dalam neraca ilmu? Sudah tentu kerana ketepatannya dan konsistennya dalam manhaj ilmu yang benar. Sebahagian orang berkata bahawa ahli ilmu itu diperakui, dipuji dan disanjung kerana keilmuannya. Kita katakan, atas dasar apa perakuan, pujian dan sanjungan itu? Semestinya adalah setelahmana diuji dan diperhatikan kemampuan ilmunya.

Logikkah seseorang mendapat sandangan PhD sebelum diuji hanya kerana penampilannya atau aliran agama yang dia berpegang? Seperti itu jugalah sebab seseorang itu dikenali sebagai ahli ilmu. Bukan pada penampilan, bukan pada seberapa banyak sanad pengajiannya dan lain-lain. Namun, bagaimana dia menyerlah, mengolah dan mempertahankan pendapatnya serta membina hujah-hujah ilmiah. Seseorang tidak dikenali sebagai pemegang PhD tanpa ada tesisnya yang telah disaring dan dibentangkan. Maka, benarlah kebenaran kata-kata yang disandarkan kepada *Aliyy bin Abū Ṭōlib -roḍiyallahu *anh- :

لَا تَنْظُرْ إِلَى مَن قَالَ وَانْظُرْ إِلَى مَا قَالَ

"Jangan melihat siapa yang berkata, tetapi lihat apa yang dia katakan".

Sebabnya identiti siapa yang berkata akan bermula daripada apa yang dia katakan. Apabila seseorang itu suka meriwayatkan hadis palsu, maka selepas itu barulah dilihat siapa yang berkata kerana telah terbukti identitinya. Sebab itulah sebahagian ahli hadis tidak menerima hadis walaupun daripada orang yang kelihatan soleh. Lihat pendirian Mālik bin Anas :

لَا يُؤْخَذُ الْعِلْمُ عَنْ أَرْبَعَةٍ، وَيُؤْخَذُ مِمَّنْ سِوَى ذَلِكَ: لَا يُؤْخَذُ مِنْ صَاحِبِ هَوًى يَدْعُو النَّاسَ إِلَى هَوَاهُ، وَلَا مِنْ سَفِيهٍ مُعْلِنٌ بِالسَّفَهِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَرْوَى النَّاسِ، وَلَا مِنْ رَجُلٍ يَكْذِبُ فِي أَحَادِيثِ النَّاسِ، وَإِنْ كُنْتَ لَا تَتَّهِمُهُ أَنْ يَكْذِبَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا مِنْ رَجُلٍ لَهُ فَضْلٌ وَصَلَاحٌ وَعِبَادَةٌ إِذَا كَانَ لَا يَعْرِفُ مَا يُحَدِّثُ

"Tidak diambil ilmu dripada empat orang, tetapi diambil daripada selain daripada empat orang itu. Pertama, tidak diambil ilmu daripada ahli hawā yang menyeru kepada hawānya. Kedua, tidak juga daripada sang dungu yang menampakkan kedunguannya walaupun dia terdiri daripada orang yang paling banyak periwayatannya. Ketiga, tidak juga daripada seseorang yang berdusta dalam hadis-hadis orang ramai walaupun engkau tidak menuduhnya berdusta terhadap Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Keempat, tidak juga daripada seorang lelaki yang ternama, soleh dan ahli ibadah apabila dia tidak mengerti apa yang dia riwayatkan". [Al-Muḥaddiṯ al-Fāṣil Bayna ar-Rōwī Wa al-Wā*ī karya ar-Rōmaharmuziy, m/s 403, keluaran Dār al-Fikr, Beirut, tahqiq Muḥammad *Ajjāj al-H̱oṭīb].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin