At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 86

11 0 0
                                    

Jawapan Untuk Pertikaian Terhadap Kitab As-Sunnah Karya Abū Bakr Al-H̱ollāl

Penulisan dari warga Indonesia ini mendakwa bahawa Ibn al-*Imād al-Ḥanbaliyy berkata sedemikian dalam Šaḏarōt aḏ-Ḏahab Min Aẖbār Man Ḏahaba

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Penulisan dari warga Indonesia ini mendakwa bahawa Ibn al-*Imād al-Ḥanbaliyy berkata sedemikian dalam Šaḏarōt aḏ-Ḏahab Min Aẖbār Man Ḏahaba. Walhal, ia sama sekali tidak benar. Sebenarnya ini adalah kata-kata Ṣuhayb as-Saqqōr dalam at-Tajsīm Fī al-Fikr al-Islāmiyy, m/s 111 yang sama sekali tidak menyandarkan kepada rujukan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh penulis warga Indonesia ini.

Kesilapan ini entah sama ada berpunca daripada sikap culas dalam kajian atau sememangnya sengaja berbohong untuk memperdaya orang ramai. Serendah-rendah mutu kajian pun, seseorang itu sama sekali tidak akan menyandarkan kata-kata ini kepada Ibn al-*Imād al-Ḥanbaliyy. Pasti seseorang itu sekurang-kurangnya akan merujuk teks aslinya dalam karya tersebut untuk membuat semakan. Kalaulah ini adalah pembohongan yang sengaja dibuat, maka laknat Allah ke atas tangan yang menulisnya dan semoga Yang Maha Keras menghancurkan kebatilan mereka!

Apa yang Ṣuhayb as-Saqqōr sedang mempertikaikan Abū Bakr al-H̱ollāl melalui kitabnya as-Sunnah tentang penafsiran firman Allah *Azza Wajalla seperti berikut :

عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

"Mudah-mudahan tuhanmu mengutuskanmu ke kedudukan yang terpuji". [Surah al-Isrō^ ayat 79]. 

Kata Mujāhid :

يُجْلِسُهُ مَعَهُ عَلَى الْعَرْشِ

"Mendudukkannya bersama-Nya di atas Arasy". [As-Sunnah, karya Abū Bakr al-H̱ollāl, jilid 1, m/s 213, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Dia mempertikaikan penafsiran ini dan memasukkan Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai pembawa fahaman mujassim kerana berlebihan-lebihan dalam penerimaan riwayat ini dan terlalu berkeras permusuhannya terhadap mereka yang menolaknya. Padahal, dia sedang menuduh para sarjana yang membenarkan penafsiran ini dan berkeras terhadap mereka yang menolaknya. 

Isḥāq bin Rōhūyah berkata: "Sesiapa yang menolak hadis ini, maka dia adalah Jahmiyy". Yaḥya bin Abū Ṭōlib berkata: "Sesiapa yang menolak kata-kata ini, maka dia telah menolak Allah Ta*ālā". Aḥmad bin Aṣrom al-Muzaniyy berkata: "Sesiapa yang menolak kata-kata ini, dia telah menuduh buruk terhadap Allah dan rasul-Nya". ِAbū Dāwud as-Sijistāniyy berkata: "Sesiapa yang menolak hadis ini, maka dia dituduh buruk di sisi kami". Semua ini dinukilkan oleh Abū Bakr al-H̱ollāl dalam as-Sunnah. Dalam karya ini, terdapat pelbagai para ulama yang lain menyatakan seumpama dengannya.

Malah, Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy menyebutkan :

 فإن ما قاله مجاهد من أن الله يُقعد محمدا صلى الله عليه وسلم على عرشه، قول غير مدفوع صحته، لا من جهة خبر ولا نظر، وذلك لأنه لا خبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا عن أحد من أصحابه، ولا عن التابعين بإحالة ذلك.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt