At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 93

10 0 0
                                    

Perseteruan Yang Melampau Terhadap Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy Dan Para Tokoh Salaf

Saya sudah hampir sahaja di puncak kehairanan melihat sebahagian pelampau dari kalangan al-Aš*ariyy atau sememangnya boleh dikatakan Jahmiyyah yang berbaju al-Aš*ariyy sudah terlalu meletus kebencian terhadap jaguhan salaf yang terbilang, Abū Sa*ī...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya sudah hampir sahaja di puncak kehairanan melihat sebahagian pelampau dari kalangan al-Aš*ariyy atau sememangnya boleh dikatakan Jahmiyyah yang berbaju al-Aš*ariyy sudah terlalu meletus kebencian terhadap jaguhan salaf yang terbilang, Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sehingga menuduh tokoh yang disepakati berkredibiliti dalam periwayatan hadis sepanjang zaman mengada-adakan riwayat dan sengaja membuat penisbahan kekufuran kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta menyifatkannya sebagai nista kekufuran dan mengandungi kesesatan, sedangkan ia tidak pernah disifatkan sedemikian oleh mana-mana ulama hatta al-Aš*ariyy setelah seribu tahun kewafatannya.

Kata-kata sebegini seolah-olah pencemar nista ini sama sekali tidak pernah membaca biografinya dan pujian para ulama terhadapnya. Kalaulah mereka melihat bagaimana sanjungan dan pengiktirafan para ulama terhadapnya, sekurang-kurangnya mereka akan menahan lidah daripada berkata-kata sedemikian jika tidak mahu bersetuju sekalipun!

Saya sangat hairan mereka yang suka menekan-nekankan pengajian bersanad supaya kefahaman tentang Islam atau teks agama atau teks para ulama jernih dan lurus. Sekarang, di mana sanad pengajian mereka untuk membenarkan celupan kotor terhadap nama ad-Dārimiyy ini?

Mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pemuka-pemuka mereka sendiri tidak mahu mengajarkan atau mewacanakan kitab ini kecuali untuk tujuan yang jahat. Bahkan, kebanyakan mereka tidak pernah membacanya dan menghadamkannya kecuali untuk menyelongkar bahan yang dapat meruntuhkan kredibiliti tokoh berwibawa ini. Bagaimana mungkin adanya sanad pengajian daripada mereka yang menurut mereka itulah satu-satunya atau metod pengajian yang menjanjikan pemahaman yang murni dan menepati kehendak penulis serta bersejajaran dengan para ulama?

Saya juga hairan yang mereka ini suka menggubah ayat-ayat manis tentang hormat pada ulama dan cinta pada mereka. Namun, itukah yang dilakukan dengan ad-Dārimiyy? Mereka menghinjak-hinjak sehina-hinanya meskipun para pendahulu mereka dari kalangan ilmuwan menaburkan julangan yang tinggi terhadapnya dan mengiktiraf kedudukannya yang terunggul. Inikah cara mereka menzahirkan penghormatan kepada ulama salaf yang unggul ini?

Siapa Abū Sa*īd ad-Dārimiyy di mata mereka? Dia menulis kitab dalam memfokuskan bantahan kepada Jahmiyyah. Mengapa pula kalangan al-Aš*ariyy yang terkemudian dan kontemporari ini seperti dipukul bertalu-talu dan ditikam bertubi-tubi? Adakah sebab dia telah membongkarkan serpihan Jahmiyyah dalam diri mereka secara tidak langsung?

Adakah Abū Sa*īd ad-Dārimiyy ini bukan wira yang hebat dalam mempertahankan akidah salaf dan ahli sunnah yang murni di sisi mereka sehingga mereka seakan-akan ada lesen besar untuk mencemuh sehabis-habisnya? Kalau benar dia adalah pejuang dalam manhaj ahli sunnah, mengapa perlu memusuhinya seolah-olah mereka ini sama-sama di saf yang sama dengan Jahmiyyah? Kalau benar dia mempertahankan akidah salaf yang sejati, mengapa menyingkirkannya daripada tokoh salaf yang diperakui dan mengetepikannya dari rujukan yang bermakna dalam memahami akidah salaf? Adakah kerana tidak ingin menelan kepahitan realiti bahawa kefahaman mereka tentang salaf sebenarnya tidak mencerminkan yang hakikatnya, lalu dengan itu, mereka sedaya upaya menjatuhkan kredibilitinya dalam isu akidah?

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now