At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 46 : Pendirian Kita Dalam Mendepani Perselisihan Ulama

8 0 0
                                    

Kita ketepikan dahulu kes Ibn *Arobiyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kita ketepikan dahulu kes Ibn *Arobiyy. Kita lihat dahulu apa pendirian yang perlu diambil dalam bertembung dengan perselisihan pendapat yang menjadi polemik dan meletus dalam arena masyarakat.

Apabila kita berhadapan dengan perselisihan ahli ilmu dalam sesuatu isu sama ada isu fiqh, hadis atau bahasa, apa pendirian yang seharusnya kita ambil? Ada tiga pendirian utama bagi yang tidak memiliki keupayaan ilmu dan dua daripadanya adalah bonus bagi yang berkemampuan dari segi bekalan ilmu. Yang pertama adalah berpihak pada yang menyokong. Yang kedua adalah berpihak pada yang menentang. Yang ketiga adalah tawaqquf. Bonus yang pertama adalah mencari bukti yang rajih dalam salah satu pihak. Bonus yang kedua adalah berkecuali sama ada tidak memihak kedua-duanya kerana kedua-dua daripadanya adalah terbukti salahnya atau mengambil dari kedua-duanya sekaligus pada bahagian yang benar.

Bagi yang bertaklid, maka terpulang sama ada untuk mengikut yang menyokong atau menentang. Namun, sedarlah apabila diri itu bertaklid, maka dia tidak ada hak untuk menyinggung orang yang menyelisihi pilihannya. Ini kerana dia tidak mengikut atas kapasiti pemahaman yang utuh dan kritis, bagaimana mungkin dia dapat menyatakan orang lain bersalah apabila dia sendiri tidak memahami dasar dan kupasan yang menjadi pergulatan antara kedua-dua belah pihak? Apatah lagi jika ingin mengeji orang yang berbeza pendapat.

Maksud saya bagi mereka yang bertaklid adalah mereka mengikut tanpa membaca karya yang menjadi dasar ikutan serta hadam dengan kefahaman yang jika dia diminta untuk menulis semula apa yang terkandung padanya, dia mampu melakukannya dengan izin Allah. Saya berikan contoh. Tidak mungkin seseorang itu dikatakan mengikut pendapat mazhab aš-Šāfi*iyy secara kefahaman sama ada keseluruhan isu atau beberapa isu tanpa menelaah karya-karya yang mengumpulkan pendapat muktamad. Begitu juga tidak mungkin seseorang dikatakan memahami manhaj Abū Ḥāmid al-Ġozāliyy jika tidak pernah menyentuh karya aslinya. 

Yang dimaksudkan pada mengikut secara kefahaman adalah jika diminta untuk menulis semula isu duduk tahiyyat akhir dalam solat menurut mazhab aš-Šāfi*iyy sebagai contoh bersama kupasan dalilnya, sudah tentu mereka mampu melakukannya dengan izin Allah. Demikian juga jika seseorang dikatakan memahami pendapat al-Ġozāliyy dalam isu syarat-syarat mujtahid serta kupasan dalil yang mempertahankan pandangannya, pasti ia dapat melakukannya dengan izin Allah.

Kemudian, ini apa yang menjadi realiti pada pengikut dan pencinta Ibn *Arobiyy. Saya melihat ramai yang bersungguh mempertahankannya dan mencemuh habis-habisan terhadap mereka yang menyelisihi pandangan mereka, tetapi mereka sama sekali tidak pernah membaca Fuṣūṣ al-Ḥikam. Orang yang berakal pasti akan jelas bahawa apa yang mereka pertahankan hanyalah omongan kosong dan berasaskan sentimen, bukan hujah ilmiah. Sebab itu tidak hairan mereka gemar bermain kad Argumentum Ad Verecundiam, Argumentum Ad Misericordiam, Argumentum Ad Ignorantiam, Ad-Hominem, kesan Kontras, bandwagon, strawman, red herring dan lain-lain falasi serta bias. Percayalah selagimana mereka masih tidak ada kemahuan melihat karya judul asli, selagi itulah mereka sebenarnya sekadar bermain-main dalam delusi.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now