At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 149

1 0 0
                                    

Nisbah Az-Zaydiyy Dan Taklid Yang Patut Kita Renungkan

Golongan az-Zaydiyyah selalu sahaja berkata dengan bangga: "Nisbah kami kepada az-Zaydiyy adalah nisbah kemuliaan, bukan nisbah taklid"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Golongan az-Zaydiyyah selalu sahaja berkata dengan bangga: "Nisbah kami kepada az-Zaydiyy adalah nisbah kemuliaan, bukan nisbah taklid". Bahkan, ada yang sampai menegaskan bahawa nisbah mereka kepada az-Zaydiyy tidaklah sama dengan nisbah kepada aš-Šāfi*iyy, al-Ḥanafiyy dan lain-lain dari kalangan mazhab fiqh yang berupa taklid.

Kalaulah seseorang pada hari ini menyebutkan: "Nisbah kami kepada al-Azhariyy adalah nisbah kemuliaan, bukan nisbah taklid", pasti itu sudah cukup membuatkan para lulusan universiti al-Azhar mencuka muka dan memandangnya dengan rasa negatif. Akan tetapi, tidak pada golongan az-Zaydiyyah. Bahkan, mereka mengakui dan berbangga dengan kenyataan sedemikian.

Mengapa ini terjadi? Golongan dari graduan al-Azhar akan mengkritik golongan az-Zaydiyy kerana mereka ini berkongsi fahaman dengan Muktazilah. Akan tetapi, golongan sesat inilah berbangga dengan berkata sedemikian pada penisbahan. Namun, golongan yang benar ini dari institusi pengajian ini sukar untuk menerima kenyataan sedemikian. Sekali lagi, mengapa ini terjadi?

Sememangnya benar ada penisbahan yang mutlak sehingga kita tidak boleh menyalahi prinsip yang mendasar dalam nisbah aliran itu seperti ahli sunnah yang nisbahnya adalah as-Sunniyy. Ini sememangnya tidak boleh disebutkan sepertimana nisbah az-Zaydiyy kerana sememangnya kewajiban untuk setiap Muslim mengikut dan berpegang teguh kepada sunnah. Cuma, yang membezakannya adalah pengamal yang sejati atau para pendakwa yang menunggang nisbah ini.

Akan tetapi, jika ia adalah nisbah kepada individu seperti Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy atau kelompok seperti keluarga al-Ġumāriyy atau institusi seperti universiti al-Azhar, maka sememangnya kita tidak boleh bulat-bulat untuk mengikutinya dan mengamalkannya dalam semua perkara. Ini kerana mereka sekadar membentangkan prinsip, metodologi mereka dalam menggali kefahaman al-Qur^ān dan hadis serta buah pemikiran mereka hasil dapatan mereka melalui pengamalan prinsip dan metodologi tadi.

Sebab itulah dalam aliran as-Sunniyy, ia terpecah kepada al-Ḥanbaliyy, al-Aš*ariyy, at-Taymiyy dan lain-lain dalam akidah serta aš-Šāfi*iyy, al-Mālikiyy dan al-Ḥanafiyy dan lain-lain dalam fiqh. Kesemua antara kita wajib mengikuti sunnah kerana itu teras ikutan kita, tetapi tidak pada mazhab atau aliran tertentu kerana itu sekadar perbezaan corak pemikiran yang boleh benar dan boleh silap.

Namun, az-Zaydiyy sama sekali tidak boleh dikelompokkan dalam golongan ahli sunnah. Ini kerana mereka ada prinsip mendasar yang berbeza dengan ahli sunnah dalam sumber pengambilan syariat seperti kesepakatan ahli bait, ketuhanan seperti isu lihatan Allah oleh orang beriman di hari akhirat dan keimaman. Akan tetapi, dalam isu fiqh, mereka banyak bersepakat dalam aliran ahli sunnah. Disebabkan itulah sebahagian mereka ini ada yang bermazhab aš-Šāfi*iyy walaupun berakidah az-Zaydiyy.

Saya secara peribadi mengikut aliran al-Ḥanbaliyy dalam akidah dan al-Malībāriyy dalam metodologi penilaian hadis, tetapi bukan bermakna saya bertaklid dan mengikut secara bulat-bulat terhadap semua apa yang menjadi jalan pemikiran mereka.

Sebegini juga yang diterapkan oleh golongan az-Zaydiyy dalam bermanhaj beragama. Apa yang saya lampirkan pada gambar ini adalah dari Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās karya al-Qōsim bin Muḥammad, ilmuwan az-Zaydiyy yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Meskipun golongan az-Zaydiyy sangat mengangkat tinggi terhadap ahli bait sehingga ijmak mereka menjadi hujah dalam syariat, tetapi bukan bermakna setiap satu di antara mereka adalah maksum sehingga tidak boleh dipersoalkan dan dikritik.

Kita lihat dalam isu sifat Allah. Menurut aliran az-Zaydiyy dan menurut kebanyakan imam ahli bait pada pengamatan al-Qōsim bin Muḥammad, sifat Allah itu adalah zat-Nya itu sendiri. Manakala, sebahagian imam ahli bait menyatakan bahawa sifat Allah itu adalah perkara tambahan bagi zat-Nya. Namun, pandangan ini dibantah dengan baik dan ditolak dengan hujah. 

Walaupun ia adalah pandangan ahli bait, golongan az-Zaydiyy tidak terkial-kial untuk mencari alasan supaya pendapat ini juga dilegitimasikan atau melakukan penakwilan yang jauh demi membelanya, apatah lagi ingin bertaklid sahaja dengan menerima secara buta. Ini kerana mereka sedar pendirian mereka sebagai golongan az-Zaydiyyy dan manhaj yang mereka hidup dengannya.

Sangat berbeza dengan sebahagian pengikut golongan al-Ḥabīb yang mengkultuskan dan mengkuduskan apa sahaja pandangan dan pengamalan mereka. Mana-mana yang mempersoalkannya adalah golongan yang memusuhi ahli bait dan membenci keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-! Ini sangat memalukan jika dibandingkan dengan golongan az-Zaydiyy yang mereka anggap sesat dan menyimpang dari ahli sunnah.

Saya ingin melihat apa respons pengikut golongan al-Ḥabīb terhadap kata-kata al-Qōsim bin Muḥammad dalam karya yang sama bahawa seluruh leluhur ahli bait berpendapat bahawa Allah itu tidak dilihat di dunia dan di akhirat yang mana ini menyalahi ijmak golongan al-Aš*ariyy yang menjadi ikutan akidah golongan rata-rata al-Ḥabīb pada hari ini dan para pengikutnya? Apakah mereka akan mengkultuskan pandangan ini sama seperti mereka mengkultuskan apa yang ada dari golongan al-Ḥabīb?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/682353451497340928/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-149-nisbah-az-zaydiyy-dan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now