At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 150

5 0 0
                                    

Hipokrit Ḥasan Bin *Aliyy As-Saqqōf Pada Isu Kritikan Aḥmad Al-Ġumāriyy Terhadap Aliran Ašᶜarian

Entah apa Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf yang membebel dalam menzahirkan sikap penafian untuk mengakui bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengutuk ašᶜarian h...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah apa Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf yang membebel dalam menzahirkan sikap penafian untuk mengakui bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengutuk ašᶜarian habis-habisan.

Kita patut berterima kasih kepada Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq telah membongkarkan kebejatan dan porak-peranda yang ada pada otak orang ini dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah». Bacalah dan saksikanlah sendiri bagaimana celarunya dan rancunya as-Saqqōf dalam usaha menepis terhadap fakta ini dan menanggapi kedudukan sebenar Aḥmad al-Ġumāriyy.

Saya tidak mahu menyebutnya di sini kerana terlalu panjang coretan mengenainya yang mengenyangkan para pembaca untuk melihat sendiri mental yang sakit dari seorang yang bertalam dua muka. Apa yang saya ingin bentangkan di sini adalah respons bagi hantarannya di Facebook yang tidak disentuh dalam buku tersebut lantaran hantaran ini diterbitkan sesudah penerbitan buku «Ḏamm al-Ašā*iroh».

Dia dengan gampang menuduh bahawa kutukan aliran ini adalah sisipan palsu pada kitab «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq» dan keraguan keabsahan surat menyurat antara Aḥmad al-Ġumāriyy dengan Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn yang telah dibukukan dalam «al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd». Perkara ini sudah disentuh oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq. Namun, saya akan menambahkan kritikan saya terhadapnya.

Untuk pengetahuan semua, kebencian dan kutukan terhadap aliran ini sudah ada di pelbagai kitab. Bukan hanya pada dua sumber ini sahaja. Ia adalah yang dia menceritakan sendiri dalam biografinya di kitab «al-Baḥr al-*Amīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy». Ia juga terdapat karyanya yang lain seperti «Ju^nah al-*Aṭṭōr Fī Ṭurf al-Fawā^id Wa Nawādir al-Aẖbār», «al-Iqlīd Fī Tanzīl Kitab Allah *Alā Ahl at-Taqlīd» dan «al-Ajwibah aṣ-Ṣōrifah Li Išhāl Ḥadīṯ aṭ-Ṭō^ifah».

Bahkan, murid kanannya; *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Ḏikriyāt Min Ḥayātī» menyatakan bahawa dia beralih dari ašᶜarian kepada mazhab salaf kerana cadangan pembacaan beberapa kitab dari Aḥmad al-Ġumāriyy. Bahkan, dia juga mencatatkan perkara yang sama dalam kitabnya «Ḥayāh aš-Šayẖ Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq».

Malah, *Abdullah at-Talīdiyy dalam «Ḏikriyāt Min Ḥayātī» ketika menyenaraikan karya penulisannya, dia menyebutkan bahawa dia sendiri tidak redha kandungan yang terdapat «Ḥayāh aš-Šayẖ Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq», tetapi apabila dia menyenaraikan «Darr al-Ġomām ar-Roqīq», dia tidak berkomentar apa-apa sama ada ia memiliki masalah dalam cetakan, pengeditan atau kandungan itu sendiri.

Bukti apa lagi yang dianggap cukup untuk meyakinkan penafi seperti orang ini? Itu pun masih membuat takwilan yang jauh yang mungkin sahaja lebih teruk daripada pembela Ibn *Arobiyy dalam mentakwilkan kalamnya yang telah jelas menyeleweng. Kepada pembela Ibn *Arobiyy, lihatlah betapa murahnya jajaan alasan bahawa kalam dan kandungan kitabnya mengandungi sisipan palsu seperti as-Saqqōf ini untuk mengongkong orang ramai untuk kekal dalam penafian meskipun faktanya adalah jelas.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now