At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 22

5 0 0
                                    

Cerita Tentang Ketelitian, Tetapi Persembahan Tiada Nilai Ketelitian

Apakah ini? Hendak mempamerkan ketelitian sang teliti, tetapi dia tidak meneliti pada nukilannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apakah ini? Hendak mempamerkan ketelitian sang teliti, tetapi dia tidak meneliti pada nukilannya. Membiarkan kosong tanpa nukilan apa-apa. Tidak perlulah nyatakan kekaguman tentang seorang itu teliti jikalau tidak teliti dalam mempersembahkan temasya tentang ketelitian. Dan tidak perlu kagum pun selagi tidak mempamerkan ketelitiannya. Di sini, saya tidaklah berkata apa yang dinyatakan di sini adalah salah, tetapi saya sedang menyatakan tentang persembahannya.

Mungkin ada yang berkata "bukankah anda boleh usahakan sendiri untuk mencari?". Saya katakan, mengapa anda tidak boleh usahakan lebih untuk mempamerkan sikap teliti? Anda ingin orang meyakini keberkesanan produk anda, tetapi anda sendiri tidak mahu memakainya dan menjauhinya. Jadi, bagaimana mungkin anda boleh persembahkan nilai kualiti yang teliti sedangkan cara persembahan anda pun tidak teliti? Kemudian, anda mahu orang lain kagum dengan suatu hasil kerja yang didakwa teliti melalui pembentangan yang tiada ketelitian?

Biarlah kita letih dan penat untuk menamakan rujukan walaupun untuk penulisan yang pendek. Inilah disiplin seorang yang teliti. Jika kita seorang yang begitu menjaga hadis yang tidak akan membawakan hadis melainkan menamakan rujukan dan membawakan teks Arab, mengapa kita tidak boleh buat yang sama dalam memaparkan ketelitian bagi sesuatu?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624216598048325632/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-22-cerita-tentang

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now