At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 67 : Antara Mitos Bodoh Tentang Ijtihad

4 0 0
                                    

Antara mitos paling bodoh yang selalu sahaja disebarkan adalah menjadi mujtahid mutlak bermakna tidak merujuk kepada karya-karya ulama dan perlu memaparkan ketersendirian dalam sesuatu usul dan pendapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Antara mitos paling bodoh yang selalu sahaja disebarkan adalah menjadi mujtahid mutlak bermakna tidak merujuk kepada karya-karya ulama dan perlu memaparkan ketersendirian dalam sesuatu usul dan pendapat.

Padahal, mujtahid zaman dahulu pun merujuk kepada pendapat para Sahabat dan tabiin serta pandangan guru mereka. Dalam mendalami ilmu agama, sudah tentu mereka akan mendengar kupasan, pembentangan, huraian, analisis, debat dan sanggahan daripada guru dan orang yang mereka ambil ilmu daripadanya atau mereka pernah membaca hasil tangan para penulis ilmuan. Pastinya mujtahid mengeluarkan fatwa mereka dengan merujuk atau sekurang-kurangnya cakna terhadap fatwa  dan penjelasan daripada orang sebelum atau semasa dengan mereka. 

Ini kerana fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan hujah. Sudah tentu mereka cakna tentang beberapa pendapat yang berkaitan dengan bahagian yang dia ijtihad padanya seperti pandangan ulama dalam sesuatu negeri, pandangan gurunya, pandangan mereka berdiskusi dan berdebat dengannya dan pandangan orang lain yang mereka kumpulkan demi menilai kualiti dan kemapanan penghujahannya. Atau sekurang-kurangnya ia menjadi penggerak dan inspirasi dalam ijtihad.

Mereka bukan tiba-tiba pandai. Mereka juga dibekalkan ilmu melalui pendidikan dan pembelajaran yang mereka ikuti dan peroleh sepanjang dedikasi mereka untuknya. Sudah tentu mereka mendengar pelbagai pandangan tentangnya. Bagaimana mungkin seseorang dapat ijtihad tanpa cakna pandangan orang lain tentangnya? Melainkan jika isu tersebut belum pernah didahului oleh sesiapa sebelumnya, maka dapatlah dikatakan bahawa ini adalah ijtihad yang tersendiri daripada orang lain atau ia lebih kepada ijtihad yang kali pertama dalam isu tersebut, bukan ijtihad yang berlepas diri daripada ulama.

Dan mengapa perlu mesti mensyaratkan adanya pandangan yang tersendiri daripada yang lain? Seolah-olah jika seseorang itu dikira mujtahid, maka dia perlu memiliki pandangan yang tidak menyamai oleh mana-mana ulama yang lain. Jika pendapat tersebut menyebelahi majoriti dan ia adalah benar melalui analisis dan pengamatan dalil, apakah ini bukan lagi ijtihad? Ijtihad berorientasikan kemapanan penghujahan, bukan kesendirian pandangan atau perkongsian pendapat dengan mereka yang lain dalam sesuatu isu.

Faktor yang jelas mengapa orang membuat pandangan seperti ini adalah kerana tidak memahami sifat semulajadi ijtihad itu sendiri. Ijtihad adalah usaha untuk mendapatkan kebenaran melalui penyelidikan, pemerhatian, pengamatan dan kajian serta menentukan keputusan yang terbaik berdasarkan cerapannya. Ia bukan kajian yang bersifat menyombongkan diri untuk tidak mendengar penghujahan mereka yang lain, tetapi ia adalah kerahan usaha untuk memperoleh penghujahan yang terunggul dalam sesuatu isu.

Jika kita faham tentang hakikat ini, maka setiap usaha yang berbekalkan kemampuan ilmu yang terkumpul di dadanya untuk memperoleh kebenaran dan ketepatan dalam sesuatu isu, maka ia adalah ijtihad sekalipun ia adalah usaha dalam penilaian pandangan orang lain atau pengembangan terhadap apa yang telah disumbangkan oleh mereka yang lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/648129810572394497/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-67-antara-mitos-bodoh

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now