At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 34

2 0 0
                                    

Perlu Belajar Keseluruhan Satu Mazhab Sebelum Ambil Pendapat Dari Mazhab Lain?

Tidak pernah pula timbul bahawa pendapat fiqh hanya boleh diikuti pada empat *Abdullah -roḍiyallahu *anhum-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak pernah pula timbul bahawa pendapat fiqh hanya boleh diikuti pada empat *Abdullah -roḍiyallahu *anhum-. Tidak pernah pula timbul bahawa orang yang mengambil pendapat Ibn *Abbās perlu menguasai kesemua perkara dalam madrasah *Abbās sebelum ingin mengambil pendapat Ibn *Umar. Tiba-tiba datang zaman ini buat yang sebaliknya. Pendapat fiqh yang diiktiraf hanya mazhab yang empat. Itu pun wajib ambil satu daripadanya. Itu pun hanya pendapat muktamad sahaja. Kemudian, untuk tukar mazhab perlu belajar seluruh mazhab. Jika tidak ikut proses ini seolah-olah berdosa. Apa lagi yang boleh dikatakan jika ini bukan kenyataan daripada ketaksuban mazhab?

Ada juga yang berang apabila saya sangat berkeras dalam penentangan terhadap keharaman talfiq mazhab dan kewajipan beriltizam dengan hanya satu mazhab. Seolah-olah seperti empat mazhab ini berjalan harmoni sepanjang sejarah. Bagai ia tiada konflik. Hanya perbezaan pandangan tanpa ada apa-apa persengketaan. Inilah orang yang ignoran terhadap sejarah Muslim. Ambillah sekilas lalu dalam al-Madẖol Ilā Maḏhab al-Imām aš-Šāfi*iyy karya Akrom Yūsuf *Umar al-Qowāsimiyy. Lihat bagaimana wujudnya ketaksuban mazhab yang berlaku pada aš-Šāfi*iyy dan Ḥanafiyy. Untuk terperinci, bacalah At-Ta*aṣṣub al-Maḏhabiyy Fī at-Tārīẖ al-Islāmiyy karya H̱ōlid Kabīr. Lihat bagaimana persteruan yang berlaku antara mazhab kerana pentaksubnya sepanjang sejarah.

Sebab itu kita sangat bertegas dalam mana-mana yang berunsur ketaksuban mazhab. Sebab kita celik dan belajar daripada sejarah. Ia bukan lagi relik yang lepas dan berlalu yang telah mati. Ia boleh berkembang biak dan berevolusi dengan cara yang berbeza dengan terdahulu. Zaman kini, mungkin tidak ada orang yang mencipta hadis palsu demi merealisasikan ketaksuban terhadap mazhab, tetapi mungkin sahaja corak zaman ini adalah membuat kenyataan yang menampakkan ketaksubannya dengan topengan fiqh Islam. Contohnya adalah apa yang terpapar dalam gambar ini. Jika kita tidak bertegas, sejarah mampu berulang dan bidaah akan terus mengukuh.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624407797002600448/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-34-perlu-belajar

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now