At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 152 : Masyarakat Yang Membantutkan Intelektualisme

1 0 0
                                    

Benar sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Benar sekali. Beginilah bahana apabila arus agama mengikut rentak masyarakat, bukan masyarakat mengikut para ulama.

Antara sebab Taqiyuddīn as-Subkiyy tidak dapat menyerlahkan kemampuan mujtahid mutlaknya adalah kerana halangan dan dogma daripada sekeliling. Al-*Irōqiyy berkata :

وقُلْتُ مَرَّةً لِشَيْخِنَا الإِمَامُ البَلْقِينِيُّ رَحِمُهُ اللَّهُ تعَالَى: مَا يَقْصُرُ بِالشَّيْخِ تَقِيِّ الدّينِ السُّبْكِيِّ عَنِ الاجْتِهَاد وَقَدْ اسْتَكْمَلَ آلاَتِهِ؟ وكَيْفَ يُقَلِّدُ؟ ولَمْ أَذْكُرَهُ هو استحيَاءً مِنْهُ لِمَا أُرِيدُ أَنْ أُرَتِّبَ علَى ذَلِكَ، فَسَكَتَ عَنْهُ. فَقُلْتُ: مَا عندي أَنَّ الامتنَاعَ مِنْ ذَلِكَ إِلاَّ لِلوظَائفِ التي قَرَّرَتْ لِلفقهَاءِ علَى المَذَاهِبِ الأَربعةِ، وأَنَّ مَنْ خَرَجَ عَنْ ذَلِكَ وَاجْتَهَدَ لَمْ يَنَلْهُ شَيْءٌ مِنْ ذَلِكَ، وحُرِمَ وِلاَيةُ القضَاءِ، وَامْتَنَعَ النَّاسُ مِنْ استفتَائِه ونُسِبَ لِلبِدْعَةِ. فَتَبَسَّمَ ووَافَقَنِي علَى ذلكَ.

Aku berkata syeikh kami, al-Imām al-Balqīniyy -semoga Allah Ta*ālā merahmatinya-: "Apa yang mencegah aš-Šayẖ Taqiyuddīn as-Subkiyy daripada ijtihad, sedangkan telah semupurna alat-alatnya? Kenapa dia bertaklid?". Aku tidak menyebutkannya bahawa dia merasa malu terhadapnya kerana apa aku memaksudkan untuk menyusun kedudukan pada itu. Dia pun terdiam daripadanya. Aku berkata: "Tidak ada menurutku bahawasanya tertegahnya daripada itu melainkan kerana pegawai-pegawai yang memandatorikan mazhab yang empat untuk fuqaha dan bahawasanya sesiapa keluar daripada itu dan berijtihad, pasti sesuatu daripada itu tidak menerimanya, diharamkan pengurusan kehakiman, orang ramai ditegah daripada meminta fatwa daripadanya dan dinisbahkan kepada bidaah. Dia pun senyum dan bersepakat denganku atas itu. [Al-Ġoyṯ al-Hāmi* Šarḥ Jam* al-Jawāmi*, m/s 720, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad Tāmir Ḥijāziyy].

Jalāluddīn as-Suyūṭiyy juga berhadapan dengan cemuhan apabila ingin membawa seruan kepada ijtihad yang mana ia adalah pembangkit kepada intelektualisme dalam keberagamaan. Dia berkata :

شنع مشنع على دَعْوَى الِاجْتِهَاد بِأَنِّي أُرِيد أَن أعمل مذهبا خَامِسًا وَرُبمَا زادوا أَكثر من ذَلِك وَمثل هَذَا التشنيع إِنَّمَا يمشي على عقول الْعَوام وَمن جرى مجراهم

"Pencemuh mencemuh ke atas seruan ijtihad bahawa aku berkemahuan untuk mendirikan mazhab kelima. Kadangkala, mereka menambah cemuhan yang lebih banyak daripada itu. Cemuhan seperti ini sebenarnya berlegar pada akal orang awam dan orang yang menjejaki haluannya". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād, m/s 69, keluaran Dār ad-Da*wah, al-Iskandariyyah, tahqiq Fu^ād *Abdul Mun*im Aḥmad].

Aneh sekali yang masyarakat ingin ulama yang cendekiawan dan progresif dalam tradisi keilmuan, tetapi apabila mereka ini ada dalam kalangan masyarakat sendiri, merekalah yang paling membencinya kerana ulama ini tidak mengikut selera dan citaras masyarakat tempatan. Mereka semua ini adalah penjenayah ilmiah dan para penghadang terhadap para ulama yang berkaliber seperti as-Subkiyy dan as-Suyūṭiyy untuk menyerlahkan potensi mereka.

Sangatlah benar bahawa membawa arus pembaharuan sememangnya menempuh cabaran yang besar terhadap masyarakat sekeliling, apatah lagi untuk menjana dan merancakkan tradisi keilmuan secara kritis dalam kebudayaan masyarakat. Kalau kita yang memiliki kemampuan ilmu tidak berusaha untuk membawa gagasan yang murni ini, siapa lagi?

Pun begitu, kita tidak seharusnya mengalah dan longlai kerana kita tidak memihak kepada arus masyarakat. Tidak ada guna ilmu yang kita pelajari yang kita tuntut sehingga ke perantauan jauh, tetapi balik ke tanah air hanya ingin menjadi hamba kepada masyarakat dan tunduk kepada keinginan mereka. Ilmu itu sama sekali tidak bermanfaat pada diri dan tidak juga pada sekeliling.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/682459234780266496/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-152-masyarakat-yang

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now