At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 165

3 0 0
                                    

Mengapa Baru Hari ini Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal Dan Abū Bakr al-H̱ollāl Dituduh Mujassimah Lagi Musyabbihah?

«An-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, «as-Sunnah» karya Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal dan «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl telah menjadi sumbangan besar dalam membanteras aliran sesat yang bertebaran di di zaman salaf dan m...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

«An-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, «as-Sunnah» karya Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal dan «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl telah menjadi sumbangan besar dalam membanteras aliran sesat yang bertebaran di di zaman salaf dan mengemukakan peta perjalanan bagi iktikad dan haluan ahli sunnah yang sebenar.

Malangnya, setelah seribu tahun kitab ini bertahan di arena keilmuan tanpa ada celaan daripada mana-mana ulama hatta dari kalangan ašᶜarian, tiba-tiba ada sebahagian pihak pada hari ini cuba merobek kredibiliti kitab ini dari sumber penghujahan dan sokongan.

Entah kerana ada dendam yang mendalam terhadap kitab ini atau entah kerana kitab ini sebenarnya telah menjadi pemecah tembelang sebahagian pihak tentang sesuatu pegangan atau entah kerana pihak itu sebenarnya ada berkongsi fahaman terhadap aliran sesat yang ditentang dalam kitab itu sehingga mereka pun sama-sama berkomplot untuk menghinjak kehormatan penulis dan mencemarkan nama baiknya di mata dunia.

Cubalah fikirkan kenapa. Apa yang mereka sebenarnya begitu khuatir terhadap kitab ini sehingga kitab ini dijauhkan mereka dan menjadi mangsa hamburan celaan daripada merkea? Kalau kalian benar-benar seorang ahli sunnah, adakah kalian redha perbuatan terkutuk seperti ini?

Sangat hairan mereka ini jika mendapat tahu an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada ahli sunnah, mereka ini mengamuk dengan sangat dahsyat sekali. Kalaulah bumi boleh pecah kerana menanggung kemarahan mereka, pasti berkecai hancur bumi tersebut. Akan tetapi, apakah perasaan tersebut ada ketika ketiga-tiga penulis kitab ini dan kitab ini dihinjak-hinjak seolah-olah musuh ahli sunnah?

Lekeh sangatkah sumbangan kitab ini sehingga mereka langsung tidak mahu memberikan pembelaan yang seberhaknya para penulis ini mendapat pembelaan yang saksama?

Yang menghairankannya adalah yang mengutuk kitab ini atau mereka yang meredhai kitab ini dikutuk selalu sahaja menekankan pengajian bersanad secara berguru agar mendapat pemahaman yang betul lagi lurus. Akan tetapi, dalam mengutuk atau meredhai kitab ini dikutuk, mereka ini langsung tidak ada sanad pengajian berguru pun!

Yang menghairankan lagi adalah mereka yang mengutuk kitab ini atau mereka yang meredhai kitab ini dikutuk juga selalu sahaja berkata bahawa kitab para ulama tidak boleh dibaca melainkan telah menguasai sembilan ilmu alat. Akan tetapi, adakah sembilan alat itu mengajarkan mereka untuk mengutuk kitab ini dan penulisnya atau meredhai kitab ini dan penulisnya dikutuk yang mana keilmuan penulis ini setara dengan para ulama yang hebat?

Kadangkala, mereka ini tidak mengutuk secara langsung, tetapi ambil cara jalan untuk meragui penisbahan kitab ini kepada para para penulisnya. Segala puji bagi Allah. Usaha mereka menemukan kegagalan dan kebuntuan. Semoga Allah hancurkan mereka yang cuba untuk merobek kredibiliti kitab ini sepertimana Dia menghancurkan jahmian melalui kitab ini pada zaman penulisnya.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now