At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 195

4 0 0
                                    

Perajihan Dalam Perselisihan Antara Pujian Dengan Nyahkredit Pada Seseorang Ilmuwan

Perajihan Dalam Perselisihan Antara Pujian Dengan Nyahkredit Pada Seseorang Ilmuwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada beberapa perkara yang saya dapat saya sampaikan bagi merespons hantaran ini.

Pertama, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy memujinya dengan memanggilnya sebagai Šayẖ al-Islām sepertimana yang dikutip Mar*iyy al-Karmiyy dalam «aš-Šahādah az-Zakiyyah Fī Ṯanā^ al-A^immah *Alā Ibn Taymiyyah». Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalām *An Fann al-Manṭiq Wa al-Kalām» juga memanggilnya sebagai Šayẖ al-Islām.

Sebahagian orang, khususnya ašᶜarian alergik dengan panggilan Šayẖ al-Islām kepada Ibn Taymiyyah dan seolah-olah dia tidak layak untuk gelaran ini. Bahkan, ada yang sampai mengatakan bahawa hanya mujassimah sahaja yang memberikan gelaran sedemikian.

Saya menduga antara sebab Mar*iyy al-Karmiyy menulis kitab «aš-Šahādah aḏ-Ḏakiyyah Fī Ṯanā^ al-A^immah *Alā Ibn Taymiyyah» adalah kerana ingin merespons sebahagian orang yang keterlaluan terhadap Ibn Taymiyyah sehingga orang yang memberi gelaran Šayẖ al-Islām kepadanya dikafirkan! Apatah lagi sosok individu yang dimaksudkan. Sekarang, sejarah telah berulang sama melalui kewujudan kelompok itu.

Saya secara peribadi walaupun menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah adalah mujassim sepertimana yang saya bentangkan dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia», saya tetap tidak menafikan kedudukan ilmunya yang selayaknya dipanggil Šayẖ al-Islām sepertimana yang disebutkan al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy.

Sebenci mana pun kita terhadapnya, janganlah sampai berlebihan sehingga menafikan kedudukan yang selayaknya. Lebih-lebih ia telah diberikan pengakuan oleh lawan alirannya sendiri seperti al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy. Saya tidak tahu pelampau lancang ini yang menyatakan bahawa hanya mujassimah sahaja yang memberikan gelaran itu kerana tidak tidak tahu pendirian al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy dan kalaulah mereka tahu, pasti mereka tertunduk malu disebabkan kelancangan mereka atau kerana sememangnya sudah tahu, tetapi berangnya itu membawanya kepada rakus dan buas.

Kedua, saya sangat hairan apabila aswajaean melakukan perajihan terhadap perselisihan antara ulama yang memujinya dengan ulama yang menyahkreditkannya. Kalaulah salafi lakukan sedemikian seperti pada Faẖruddīn ar-Rōziyy atau Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy, pasti dikutuk habis-habisan dan dituduh sebagai orang yang tidak memperlekehkan kewibawaan ulama. 

Malah, apa yang dilakukan sebahagian ašᶜarian pada Ibn *Arobiyy juga mendapat kejian daripada sebahagian pengikutnya dan pembelanya dengan tuduhan pembenci wali Allah dan seumpamanya meskipun ramai daripada para ulama yang mengindikasikan kekafirannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now