At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 79 : Masa Tidak Bertempat Dan Tidak Berarah?

8 0 0
                                    

Sebenarnya mereka yang menafikan Allah itu mengambil ruang dan bertempat adalah bukan sahaja dari kalangan ulama al-Aš*ariyy, tetapi juga daripada mereka daripada yang melawan aliran al-Aš*ariyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya mereka yang menafikan Allah itu mengambil ruang dan bertempat adalah bukan sahaja dari kalangan ulama al-Aš*ariyy, tetapi juga daripada mereka daripada yang melawan aliran al-Aš*ariyy. Abū Naṣr as-Sijziyy berkata :

وعند أهل الحق أن الله سبحانه مباين لخلقه بذاته فوق العرش بلا كيفية بحيث لا مكان

"Di sisi ahli kebenaran bahawasa Allah Subḥānahu terpisah dengan makhluk-Nya dengan zat-Nya di atas Arasy tanpa kaifiyyat yang tidak bertempat". [Risālah as-Sijziyy Ilā Ahl Zabīd Fī ar-Rodd Man Ankaro al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt, m/s 193, keluaran *Imādah al-Baḥṯ al-*Ilmiyy Bi al-Jāmi*ah al-Islāmiyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

As-Sijziyyy berkata tentang orang yang melihat Allah pada hari akhirat :

والمقابلة لا تقتضي التجسيم كما زعموا؛ لأن المرئيات في الشاهد لا تخرج عن أن تكون جسماً أو عرضاً على أصلهم، والله سبحانه باتفاقنا مرئي. وليس بجسم ولا عرض، وإذا صح ذلك، جاز أن يرى عن مقابلة، ولا يجب أن يكون جسماً.

"Pertemuan langsung tidaklah menunjukkan penjisiman sepertimana yang mereka dakwa kerana sesungguhnya yang dilihat di alam konkrit ini tidak terkeluar daripada ciri jisim atau aradh atas asal mereka, sedangkan Allah Subḥānahu dapat dilihat dengan kesepakatan kami dan Dia bukanlah jisim dan bukan juga aradh. Apabila sahnya hal itu, maka harus untuk dilihat secara langsung dan tidak menatijahkan ciri jisim". [Risālah as-Sijziyy Ilā Ahl Zabīd Fī ar-Rodd Man Ankaro al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt, m/s 174, keluaran *Imādah al-Baḥṯ al-*Ilmiyy Bi al-Jāmi*ah al-Islāmiyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy berkata :

فإن قيل: حمله عَلَى ظاهره يستحيل عَلَى الله سُبْحَانَهُ لأنه يؤدي إلى وصفه بالحد والجهة قيل: لا يفضي إلى ذَلِكَ، كما أن قوله: " ترون ربكم كما ترون القمر " حملناه عَلَى ظاهره، وإن كنا نعلم أن رؤية القمر فِي جهة ومحدودة، والله تَعَالَى لا فِي جهة ولا محدود، وكذلك قوله: {ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ} تطلق هَذِهِ الصفة وإن كان العرش فِي جهة، ولم يوجب ذَلِكَ وصفه تَعَالَى بالجهة، كذلك هاهنا حديث آخر

Jika dikatakan: "Menanggungnya atas zahirnya mustahil untuk Allah Subḥānahu kerana itu menyebabkan penyifatan-Nya kepada had dan arah", dikatakan kepadanya: "Tidak sampai ke situ. Sepertimana sabdanya: #Kalian akan melihat tuhan kalian sepertimana kalian melihat rembulan#, kami menanggungnya atas zahirnya. Jika kita mengetahui bahawa lihatan rembulan adalah pada arah dan yang dihadkan, padahal Allah tidak berada pada arah dan yang dihadkan, seperti itulah firman-Nya: {Kemudian, Dia bersemayam atas Arasy} yang menetapkan sifat ini walaupun Arasy itu pada suatu arah dan tidaklah itu mendorong kepada sifat-Nya Ta*ālā dengan arah. Sedemikian itu di sini hadis yang lain". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt, m/s 182, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd Ḥamūd an-Najdiyy].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now