At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 21 : Mengambil Ilmu Daripada Youtube Adalah Tercela?

10 0 0
                                    

Ini contoh orang yang cacat akalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini contoh orang yang cacat akalnya. Kalau Youtube itu memaparkan pendapat daripada tokoh aliran sendiri, apa yang boleh dikata? Sepatutnya menjadi seorang penuntut ilmu, perlu belajar dan teliti walau daripada ceruk mana pun taburan yang ada. Bukan terus menerus menjadi ignoran hanya disebabkan kaedah yang digunapakai tidak memuaskan kita. Manfaat ilmu ada di mana-mana jika kita benar-benar tulus untuk mencari kebenaran. Rezeki Allah boleh datang dari arah yang kita tidak sangka. Manfaatkan walau cara apa pun yang boleh supaya peroleh rahmat yang kita begitu mengharapkannya.

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨

"Maka, sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku. Iaitu, orang yang mendengarkan hujah, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ulul albāb". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Melalui ayat ini, Allah menyatakan hamba-Nya adalah orang yang mendengarkan hujah, lalu daripada kepelbagaian itu, dia mengambil pendapat yang terbaik. Adakah isi kandungan di Youtube tidak ada nilai hujah sehingga mereka tidak mahu melakukan pertimbangan antara dua dalam membuat pilihan untuk mengambil yang terbaik? Malah, Allah Tabāroka Wa Ta*ālā berfirman :

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚلَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿٩٤﴾ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴿٩٥

"Maka jika engkau berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Sungguh, telah datang kebenaran dari Tuhanmu kepadamu, maka janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang ragu. Dan janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, nanti engkau termasuk orang yang rugi". [Surah Yūnus ayat 94-95].

Walaupun kitab tersebut rujukan bukan Islam, itu semua boleh membantu untuk menghilangkan keraguan dan meneguhkan keyakinan jika ia menepati kebenarannya. Apakah pula Youtube yang menyampaikan mesej atau pemahaman tentang Islam atau menjadi bahan rujukan Islam lebih buruk daripada ini?

Ingatlah pesan Ibn *Abdul Barr :

وَلَا يَنْبَغِي لِلْعَاقِلِ الْمُؤْمِنِ أَنْ يَحْتَقِرَ شَيْئًا مِنْ أَعْمَالِ الْبِرِّ فَرُبَّمَا غُفِرَ لَهُ بِأَقَلِّهَا

"Tidak sepatutnya orang yang berakal yang beriman memperlekeh sesuatu yang berpa amalan-amalan kebajikan. Boleh jadi diampunkannya dengan yang paling sedikit daripadanya". [At-Tamhīd Limā Fī al-Muwaṭṭō^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 22, m/s 12, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā bin Aḥamad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Ilmu adalah kebaikan. Ia berada di mana sahaja dan berbentuk bermacam-macam. Kecil atau besar, jelas atau kabur, ia ada di situ. Manfaatkanlah ia. Jika sekecil kebaikan itu mampu memadamkan keburukan, boleh jadi ilmu yang kecil atau sedikit itu mampu memadamkan kejahilan pada diri kita. Usahlah memperlekeh daripada wasilah mana ia datang, tetapi lihatlah nilainya. Emas boleh tersembunyi dalam lumpur. Mereka yang tahu nilainya tidak akan sama sekali melepaskannya atau memandang kecil. Mereka tetap akan menggali dan menyelongkar sehingga memperolehinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624216035664461824/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-21-mengambil-ilmu

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now