At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 77 : Panduan Asas Untuk Praktikal Ilmu *Ilal Al-Ḥadīṯ

6 0 0
                                    

Bagi yang kabur untuk melakukan atau ingin menelaah kajian ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, saya mencadangkan untuk mengambil panduan yang dibentangkan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi yang kabur untuk melakukan atau ingin menelaah kajian ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, saya mencadangkan untuk mengambil panduan yang dibentangkan ini. Dapat saya katakan bahawa ia adalah panduan keseluruhan bagi aktiviti takhrij dan penganlisisan *ilal al-Ḥadīṯ.

Setelah memahami panduan ini, saya mencadangkan untuk cuba membaca Al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādīṯ an-Nabawiyyah karya ad-Dāroquṭniyy dengan berpedeomankan panduan. Dengan izin Allah, ia membantu para pengkaji hadis untuk mengikuti kupasan dan analisis. Kemudian, dicadangkan juga untuk cuba membaca karya Ma*rifah Aṣḥāb ar-Ruwāh Wa Aṯaruh Fī at-Ta*līl karya *Abdul Salām Abū Samḥah. Karya ini mengumpulkan hadis-hadis riwayat al-A*maš dari pelbagai karya untuk dijadikan analisis. 

Pada saya, cara untuk memahami selok belok perbahasan *ilal al-Ḥadīṯ ini tidaklah sukar. Mengenal pasti punca illah dalam hadis ini tidaklah terlalu rumit. Kebiasaannya yang berlaku adalah pertentangan antara dua pusat sanad yang berbeza, khususnya pada riwayat yang marfū* dan mawqūf. 

Barangkali jika terlalu fokus dengan teori semata-mata, seseorang mungkin sukar untuk melihat hakikatnya. Kita perlu amati bagaimana cara kerja untuk kajian ilmu ini. Pasti kita akan dapati bahawa punca masalahnya hanya berputar dalam titik yang sama dan berulang kali. Ia sebenarnya tidak begitu sukar sepertimana yang digembar-gemburkan sebahagian orang.

Cuma, yang menjadi kesukaran adalah untuk merujuk sebanyak yang boleh rujukan-rujukan yang mengumpulkan sanad hadis serta maklumat yang berkaitan dengan perawi. Ini kerana ilmu *ilal al-Ḥadīṯ tidak dapat diaplikasikan melainkan melalui pemerhatian pelbagai jenis sanad untuk dikenal pasti punca masalah yang tersembunyi di mata orang kebanyakan, bahkan ahli ilmu. 

Atas sebab itulah sememangnya mahu atau tidak, usaha takhrij pada pengumpulan sanad ini memerlukan keluasan pembacaan atau kesaujanaan memori supaya tidak terlepas maklumat yang penting yang kalau terlepas satu daripadanya pun, ia mampu memberi kesan kepada penilaian dan penghukuman kita padanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654194738860326912/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-77-panduan-asas-untuk

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now