At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 192 : ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎ Yang Sembarangan Diguna Pakai

3 0 0
                                    

Saya di penulisan saya yang berjudul «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah», «Tersalah Menghalalkan Sesuatu Lebih Baik Dari Tersalah Mengharamkan Sesuatu» dan di pelbagai tempat yang lain telah mengingatkan agar kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎; penghadang ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya di penulisan saya yang berjudul «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah», «Tersalah Menghalalkan Sesuatu Lebih Baik Dari Tersalah Mengharamkan Sesuatu» dan di pelbagai tempat yang lain telah mengingatkan agar kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎; penghadang haluan kerosakan tidak diguna pakai sewenang-wenangnya dan sembarangan untuk apa jua alasan walaupun zahir kelihatannya seperti memiliki valid seperti menjaga agama seseornag, memelihara maruah seorang muslim, menimbulkan syahwat, mencetuskan fitnah dan pelbagai lagi yang lain.

Akan tetapi, sebilangan agamawan sememangnya suka guna cara ini apabila gagal mengemukakan bukti pengharaman dalam menyelisihi pihak lawan. Dengan alasan-alasan yang disebutkan tadi sebagai contoh, dapatlah mereka menzahirkan keabsahan pandangan mereka dan itulah cara mereka untuk meraih kemenangan walaupun ia adalah andaian yang berkemungkinan kosong, sangkaan, tekaan, lepas cakap, kesilapan atau mungkin dia sendiri telah melakukan fitnah yang tidak sepatutnya.

Paling parah adalah para rahib dan puritan suka menggunakan kaedah ini untuk menampilkan bahawa keberagamaan yang ketat dan membebankan itulah yang paling benar, paling selamat dan paling sejati. Mereka tidak mampu menunjukkan dalil pengharamannya, tetapi dengan cara menggambarkan secara buruk kepada beberapa perkara yang harus dan halal, maka orang yang cetek akalnya dan dangkal pemerhatiannya akan terpedaya bahawa itu adalah sesuatu yang seolah-olah haram dibuat kerana itu tidak baik untuk agama.

Mereka tidak berkata bahawa mereka mengguna pakai kaedah ini secara eksplisit, tetapi mereka menggunakan cara halus sama ada secara verbal, isyarat atau cara yang mereka tampilkan dalam ceramah atau fatwa atau tanggapan yang mereka berikan padanya.

Saya sememangnya pernah mencadangkan bahawa agar pengajian uṣūl fiqh mengingatkan dan membahaskan isu ini dalam topik kaedah ini supaya tidak memberikan ruang bahawa ia menjadi jenayah oleh sebahagian agamawan untuk mengeksploitasi orang sekelilingnya. Perkara ini bukan saya seorang sahaja yang menyuarakan. Malah, ia juga adalah realiti yang tidak boleh dinafikan dan memerlukan langkah pembendungan agar ini tidak terjadi.

Jika tidak, maka besarlah implikasinya. Kalau penulisan yang telah saya bentangkan dan apa yang tertera pada gambar ini tidak cukup sebagai peringatan, maka saya kira yang menjadi masalah adalah corak pemikiran dalam keberagamaan seseorang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/691125210434453504/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-192-sadd-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Far%C5%8D-i

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now