At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 5 : Belajar Fiqh Dahulu Sebelum Uṣūl Fiqh?

18 0 0
                                    

Bagaimana mungkin saya tidak merasa kecewa dengan pendapat status tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagaimana mungkin saya tidak merasa kecewa dengan pendapat status tersebut. Pendapat sebeginilah yang memupuk orang lain untuk beramal tanpa ilmu pengetahuan yang kukuh padanya, sedangkan ia adalah larangan daripada Allah Ta*ālā dan Rasul-Nya. Sepatutnya budayakan kritis dalam kefahaman sebelum beramal dengan kefahaman itu. Kita sendiri pun menerima Islam atas dasar kritis dan kefahaman yang komprehensif, bukan mengikut semata-mata sebelum mengkaji. Tidak ada beza dalam urusan fiqh dan juga akidah. Allah cela mana-mana yang beramal sebelum kukuh pengetahuannya tanpa kategori tertentu.

Melalui hal itu, saya berpendapat bahawa jangan sekali-kali seseorang bersolat, berzakat, berhaji dan beramal apa sahaja di atas iktikad ibadah sebelum faham bahasa Arab terlebih dahulu. Itu belum lagi dengan kajian hadis dan analisis fiqh daripadanya. Semua ini semata-mata supaya kita beramal di atas kefahaman yang jitu, bukan menjadi orang yang menutup mata cuba mensasarkan panahnya ke bidikannya. Bahkan, jika sesiapa yang mengatakan bahawa dia adalah murtad sedangkan praktik agamanya tidak di atas pengetahuan yang tahqiq, maka saya tidak mengira dia seorang yang murtad. Bagaimana mungkin seseorang boleh dikira keluar daripada agamanya sedangkan dia tidak memahami tentang iman yang sebenarn-benarnya sehingga jelas penghujahan terhadapnya? Maka, sekadar ikutan atau dinamakan Islam kerana warisan sahaja tidak diambil kira.

Biar sedikit amal, tetapi ikhlas dan teguh dalam ilmu. Biarlah kita merasa lambat untuk beramal kerana agama ini tertegak bukan selama sepuluh tahun sahaja. Inikan pula kajian sanad hadis pelbagai yang mendatang sehingga kita perlu melakukan pemeriksaan tuntas supaya kita tidak terjerat dengan kesalahan yang tersembunyi. Biarlah kita mati walau dalam keadaan tidak tahu walhasilnya setelahmana berusaha untuk meneliti kebenaran, janganlah kita mati dalam keadaan beramal tetapi langsung tidak ingin meneroka atau beramal tanpa dasar ilmu yang kukuh.

Adakah kita beramal dahulu kerana orang ramai telah mengamalkannya? Jangan sesekali terpedaya akan hal itu. Perbuatan yang dianggap sepakat dan dilakukan majoriti bukan semestinya hujah terhadap kebenaran. Sememangnya wujud hal tersebut terbukti tidak benar apabila disemak semula. Usah sesekali terjerat dengan dakwaan itu sehinggalah benar-benar yakin ia boleh beramal secara iktikad ibadah.

Kalau sekadar taklid sahaja, ia mampu menjadi bahaya untuk kita, terutamanya dalam hadis. Apabila ada sesuatu hadis yang sependapat dengan apa-apa yang kita senangi, maka kita akan mencari qaul yang mensahihkannya. Apabila sebaliknya, maka kita akan mencari qaul yang mendhaifkannya. Pengambilan itu pun bukan di atas kajian, tetapi sekadar memetik qaul dan mengikutinya tanpa kefahaman. Itu pun kalau pensahihan atau pendhaifannya tepat. Entah berapa banyak hadis yang dijadikan hujah seolah-olah ianya sangat sahih dan wujud pula qaul yang mensahihkannya, tetapi hakikatnya hadis tersebut adalah dhaif. Kalau tidak mahu terkena tipu atas sebab ini, mahu atau tidak mahu, kita kena tabah dan gagahkan diri untuk melakukan kajian. Biarlah kita merasa beban kerana mempelajari ilmu, tetapi jangan menderita akibat kejahilan kita sendiri.

Saya tahu ada sebahagian orang tidak mampu untuk kritis seperti ini kerana pelbagai faktor. Namun, tanggungjawab yang digalas bagi kita yang berkemampuan adalah mengusahakan yang terbaik untuk kita berpegang dengannya dan diikuti oleh orang lain. Menjadi yang terbaik dan menjadikan orang lain terbaik supaya kita semua mendapat pencerahan tentang landasan agama ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/617244393130393600/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-5-belajar-fiqh-dahulu

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now