At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 92 : Menyerang Penyampai Kerana Menentang Isi Penyampaian

1 0 0
                                    

Alasan: "Kamu menentang ulama!" atau seumpamanya adalah alasan untuk sengaja tidak menggunakan akal untuk memerhatikan benar dan salah

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Alasan: "Kamu menentang ulama!" atau seumpamanya adalah alasan untuk sengaja tidak menggunakan akal untuk memerhatikan benar dan salah. Tidak hairan Allah Ta*ālā berfirman :

وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

"Dia menjadikan kotoran terhadap orang tidak sering mencerna". [Surah Yūnus ayat 100].

Betapa hinanya orang yang menyia-nyiakan nikmat akal kerana mempertahankan ketaksuban sehingga Allah pun melumurkan kotoran terhadap orang ini.

Orang yang menegur itu sudah menyampaikan sunnah dan dia pun tidak mampu menafikannya, tetapi dia menuju untuk menyalahkan orang yang menyampaikannya hanya kerana tidak sependapat dalam pandangan tokohnya atau pengamalan masyarakat.

Dia menghamburkan celaan terhadap orang tersebut kerana kononnya orang itu bermasalah, bukan isi penyampaiannya. Itu adalah dalih yang menyorokkan keingkarannya dan kedegilannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659566244081680384/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-92-menyerang-penyampai

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें