At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 196

2 0 0
                                    

Fenomena ₍Deformation Professionnelle₎ Dan Kecenderungan Si Penukul

Fenomena ₍Deformation Professionnelle₎ atau adakalanya dikaitan dengan kecenderungan si penukul adalah di mana seorang profesional yang diperakui profesionalitinya dalam bidangnya, tetapi memiliki kecenderungan atau melakukan salah laku yang menya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fenomena ₍Deformation Professionnelle₎ atau adakalanya dikaitan dengan kecenderungan si penukul adalah di mana seorang profesional yang diperakui profesionalitinya dalam bidangnya, tetapi memiliki kecenderungan atau melakukan salah laku yang menyalahi etika profesionalitinya yang sewajarnya sama ada kerana kegelinciran yang tidak sengaja atau motif yang ditekadkan sebegitu.

Antara isu yang disentuh dalam fenomena ini adalah adakalanya profesional memandang dunia atau sesuatu permasalahan terhad kepada kepakarannya, kemahirannya dan kemampuannya sehingga mengabaikan bidang-bidang lain yang diperlukan dalam mendapatkan gambaran yang menyeluruh, jelas dan jernih sepertimana seseorang menyelesaikan masalah pada paku adalah dengan mengetuk dengan tukul sahaja.

Contohnya adalah apabila dianalisis tentang isu kadar bunuh diri yang meningkat di sesebuah negara, ekonomiwan akan menganggap bahawa masalah ekonomi punca kepadanya, psikologiwan akan memandang bahawa masalah psikologi sebenarnya yang mendorong kepadanya, agamawan pula akan memandang bahawa ia adalah masalah keberagamaan pada individu tersebut dan begitulah seterusnya. 

Antara isu lain yang ada pada fenomena ini adalah sekalipun seseorang itu profesional dan memiliki kewibawaan dalam bidangnya, adakalanya dia melampaui batas dan membuat salah laku yang menyalahi etika profesionalitinya sama ada sengaja atau tidak sengaja sepertimana paku yang ditukul dengan kuat menyebabkan paku itu menjadi bengkok atau permukaan yang ditukul itu menjadi rosak akibat kecuaian, kealpaan, ketidaksengajaan atau sikap berlebihan daripada penukul.

Contohnya adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam kewartawanan. Adakalanya, dia juga melakukan bias atau menggambarkan sesuatu perkara dalam penyampaian berita secara mentah sama ada kerana ada motif yang tertentu atau membela sesuatu pihak atau ingin menjatuhkan seseorang atau sesuatu pihak atau sememangnya dia kurang maklumat tentangnya sehingga dia hanya mampu melihat dari dimensi terhad itu sahaja. 

Apabila kita meneliti latar belakangnya, kelulusannya dan pencapaiannya, tidak akan ada siapa yang meragui keunggulannya dalam bidang tersebut sama ada dari sudut pengetahuan, kecaknaan, kegeniusan dan pengalaman. Namun, salah laku dan pelanggaran etika yang jelas itu tidak boleh diterima dan disedari meskipun dari yang bukan bidang wartawan sehingga kita jika kita tidak menyalahkannya, kita akan mempersoalkannya.

Kerana itulah walaupun kita memperakui kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang, bukan bermakna kita menjustifikasikan segenap apa yang dia menyimpulkannya, apa yang dia berpendirian pada dan apa yang dia lakukan atau kita menerima bulat-bulat terhadap dapatannya atau menganggap semua yang daripadanya adalah autoritatif yang infallibel yang tidak boleh dipersoal dan disemak semula. 

Adakalanya, kita perlu mengambil inisiatif atau membebaskan diri daripada taklid terhadapnya dan terjun ke lapangan kajian secara spesifik dalam permasalahan, topik atau isu tersebut. Ini kerana boleh jadi dia tersilap, cuai, terlepas pandang, alpa, lalai atau mungkin sememangnya sengaja untuk melakukan sesuatu yang menyalahi etika untuk agenda tertentu.

Apa yang kita lakukan itu bukan untuk merendahkan martabatnya atau usaha untuk menjatuhkan kedudukannya atau ingin mencela peribadinya setelahmana terbukti kelayakannya sebagai orang yang profesional dalam bidang itu. Akan tetapi, kita hanya fokus pada permasalahan tertentu sambil mengiktiraf segala kebaikan, kontribusi, ketepatan dan keunggulannya yang lain sama ada yang kita tahu atau tidak tahu melainkan jika kesalahan tersebut adalah fatal bersama rekod buruk yang banyak yang menjejaskan kewibawaannya.

Samalah seperti kes Baššār *Awwād Ma*rūf yang dibentangkan dalam gambar ini. Tidak ada siapa yang meragukan kewibawaannya, kepakarannya dan ketokohannya dalam bidang tahqiq kitab. Akan tetapi, dalam kes tahqiqnya terhadap kitab «al-Muḥallā» karya Ibn Ḥazm, didapati dia mengambil mudah terhadap profesionalitinya seperti kebiasaan dan menampilkan salah laku etika yang tidak sepatutnya.

Adakah ini bermakna kita meragui hasil kerja tahqiqnya yang lain secara keseluruhan dan meruntuhkan kredibilitinya pada kepakarannya dalam bidang tersebut? Adakah kita sedang mencela sosok peribadinya? Tidak sama sekali dan ia bukan sepertimana sebahagian yang bodoh yang tidak terbiasa dalam hal ehwal kritikan. 

Kita hanya fokus pada isu tertentu sahaja seperti kesnya pada kitab Ibn Ḥazm ini, bukan soal peribadinya atau profesionalitinya itu sendiri. Fahamkan sebaik-baiknya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/693546183480705024/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-196-fenomena-deformation

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now