At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 42

4 0 0
                                    

Hipokrit Mereka Yang Kononnya Mementingkan Pembelajaran Berguru Dan Bersanad

Apabila dikatakan pertanyaan tentang apa guru kita dan sanad pengajian kita ketikamana kita mengkritik sesuatu tokoh adalah dalih untuk menutup lidahnya yang terkelu, maka sememangnya ia benar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila dikatakan pertanyaan tentang apa guru kita dan sanad pengajian kita ketikamana kita mengkritik sesuatu tokoh adalah dalih untuk menutup lidahnya yang terkelu, maka sememangnya ia benar. Hakikatnya, mereka tidak lebih daripada hipokrit yang telah pekatnya keingkaran.

Hairan mereka yang kononnya mementingkan pembelajaran secara berguru dan bersanad, tetapi mereka juga terus mengambil petikan artikel atau penulisan yang membela tokoh mereka tanpa bertanya apa gurunya dan sanad pengajiannya sepertimana dia bertanyakan kepada pihak lawannya. Begitu juga komentar dari kawan-kawan atau mereka yang sekepala dengannya. Langsung tidak peduli siapa gurunya dan apa sanad pengajiannya. Asalkan selari, maka baginya tidak ada masalah jika tidak diketahui gurunya atau sanad pengajiannya.

Dengan kita, bermacam-macam yang diminta. Namun, apabila giliran mereka, mereka main langgar sahaja. Perangai mereka ini sememangnya benar-benar mengingatkan kita tentang kaum kafir terhadap para utusan Allah. Apabila baginda membawa bukti kebenaran, bermacam-macam karenah permintaan yang mereka mahu baginda tunaikan atau jika tidak mereka, baginda tidak akan dipercayai. Firman Allah :

وَقَالُوا لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنبُوعًا ﴿﴾ أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا﴿﴾ أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّـهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا ﴿﴾ أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِي السَّمَاءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَّقْرَؤُهُ ۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا ﴿﴾ وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ إِلَّا أَن قَالُوا أَبَعَثَ اللَّـهُ بَشَرًا رَّسُولًا﴿﴾ قُل لَّوْ كَانَ فِي الْأَرْضِ مَلَائِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِم مِّنَ السَّمَاءِ مَلَكًا رَّسُولًا ﴿

Mereka berkata: "Kami tidak akan percaya kepadamu sehinggalah engkau mengalirkan mata air dari bumi untuk kami. Atau engkau memiliki ladang yang terdiri daripada pohon kurma dan anggur, lalu engkau mengalirkan sungai-sungai di sekitarnya. Atau engkau gugurkan langit kepada kami sepertimana engkau dakwa atau bawakan Allah dan para malaikat secara berdepan. Atau engkau memiliki rumah yang berupa perhiasan atau engkau naik ke langit. Dan kami tidak percaya dengan kenaikanmu sehinggalah engkau menurunkan kitab yang kami boleh membacanya kepada kami". Katakanlah: "Maha Suci tuhanku! Tidaklah aku ini melainkan seorang manusia biasa dan rasul". Tidaklah Dia menghalang manusia untuk beriman apabila datangnya petunjuk kepada mereka melainkan mereka berkata: "Adakah Allah mengutuskan manusia biasa sebagai rasul?". Katakanlah: "Kalaulah di bumi ada malaikat yang berjalan tenang, pasti kami turunkan malaikat dari langit sebagai rasul". [Surah al-Isrō^ ayat 90-95].

Namun, apabila giliran kita pula untuk meminta mereka membentangkan keterangan mereka, mereka sekadar bermain Argumentum Ad Verecundiam, bandwagon dan Ad-Hominem. Firman Allah :

قَالَ مُوسَىٰ أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ ۖ أَسِحْرٌ هَـٰذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ ﴿﴾قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ ﴿

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now