At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 52 : Sikap Menyibukkan Perasaan Yang Bukan Muslim

7 0 0
                                    

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

"Muhammad itu utusan Allah. Mereka yang bersamanya adalah orang yang tegas terhadap para kafir dan saling berkasih sayang sesama mereka". [Surah al-Fatḥ ayat 29].

Inilah akibat apabila tidak ada penghayatan terhadap firman Allah ini. Apabila kita seru kepada pendapat yang menyatukan sesama Muslim dalam menjaga akidah yang selamat, dia sibuk memikirkan apa yang orang bukan Muslim rasa. Tidak mengambil berat apa yang umat Islam begitu peduli terhadap hal ehwal akidah dan syirik. Malah, dituduhnya seruan untuk tidak mengucapkan selamat sempena perayaan agama lain adalah pendapat yang kolot, tidak mesra dengan bukan Muslim, jumud, ekstrimis dan lain-lain.

Kalaupun mereka tidak pernah terlepas mengucapkan selamat sempena perayaan agama lain, mengapa kita pula perlu rasa terhutang budi pula? Kalau mereka tidak pernah terlepas dari menghadiri perayaan agama Islam, maka adakah kita perlu hadiri majlis perayaan agama lain?

Kita pun tidak pernah menagih mereka mengucapkan selamat mahupun menghadiri majlis perayaan kita. Kita tetap sahaja boleh meneruskan perayaan kita dengan penuh meriah dan kegembiraan tanpa peduli apa yang ada di fikiran mereka. Mereka juga sedemikian. Kita dengan agama kita dan mereka dengan agama mereka.

Saya tidak mengatakan bahawa ucapan selamat sempena perayaan agama lain termasuk dalam kekufuran, namun saya menegaskan bahawa kalam itu terisi syubhat antara syirik dan adat. Titik syubhatnya adalah pada kalam itu berbetulan dengan kemeriahan praktik agama pada hari tersebut. Sukar untuk menafikan bahawa ucapan selamat itu adalah tidak ada kena-mengena dengan apa yang terkandung pada hari tersebut. Sebab itulah ia lebih wajar dijauhi. Lebih-lebih lagi jika bulatan rakan kita yang beragama lain tidaklah besar.

Jika tidak mengucapkan selamat pun, kita masih boleh bermanis muka, ramah, bersopan, berbicara lunak, bersahabat dan bergaul seperti minum kopi bersama, konvoi beramai-ramai, bersukan bersama, bekerja dalam satu kumpulan dan lain-lain. Sangatlah remeh jika persahabatan dan perhubungan menjadi renggang dan retak hanya kerana tidak mengucapkan selamat. Ia terlalu bodoh untuk menjadi sebab melupakan asas persahabatan dan perpaduan seperti keadilan sosial, pentadbiran yang bersih lagi telus, kedaulatan negara dan lain-lain. Apakah dengan tidak mengucapkan selamat, maka kita boleh robekkan sahaja semua ini? Manusia yang bodoh pun tidak akan bertindak sedemikian. Lantas, di mana keperluan untuk umat Islam mengucapkan selamat? Bahkan, jika sedar akan hal ini, maka membangkitkan polemik hukum ini adalah sama sekali tidak diperlukan.

Jika kita tidak mahu golongan bukan Muslim terasa kecil hati terhadap ini, maka di mana kepedulian kita untuk mendahulukan Muslim lebih dari umat yang lain? Di mana letaknya sifat kebanggaan kita terhadap kesucian akidah Islam dan kemuliaan agama Islam? Adakah kemuliaan Islam hanya pada apa yang disenangi orang bukan Muslim sahaja?

Kita sudah melabur banyak minda untuk memikirkan apa yang mampu membuatkan orang bukan Muslim merasa senang terhadap kita. Sekarang, tiba masanya untuk sampaikan apa yang terbuku dalam sentimen umat Islam dalam hal-ehwal akidah. Maka, inilah pendirian kita. Jika yang bukan Muslim membaca penulisan ini, maka inilah pendirian dan apa yang dirasai oleh umat Islam dalam isu akidah.

Jika hari ini sukar untuk mereka hadam, semoga pada suatu hari nanti mereka akan menghadamnya dengan izin Allah. Pada masa itu, yang bukan Muslim akan hormati pendirian kita yang tidak akan menzahirkan ucapan selamat dan tidak rasa berkecil hati apabila seseorang tidak mengucapkannya serta masih terus setia dengan asas perpaduan. Mudah-mudahan sedemikian.

Lagipun, mengapa kita perlu sibuk menjaga hati mereka, sedangkan mereka bukan begitu peduli bagaimana sentimen dan kedalaman penghayatan kita dalam agama? Jika kita tidak solat, bahkan murtad, mereka tetap tidak peduli dan tidak akan sama sekali berusaha untuk mengembalikan kita dalam agama ini. Jika datangnya syubhat-syubhat yang membawa keracunan pemikiran dan hujah yang meragukan terhadap Islam, mereka sama sekali tidak akan menjadi pembela kita. Jika mereka membela kita pun, apa guna jika telah datangnya kebenaran kepada mereka, tetapi masih enggan tunduk kepada Islam? Sekolot-kolot ilmuwan Muslim yang dituduh kerana tidak terbuka dalam hal ini serta tegas terhadapnya pun masih lagi menggembleng tenaga untuk mempertahankan Islam apabila diserang. Mengapa lagi sanggup bersusah payah mencari redha mereka?

Yang menghairankan lagi, kerana ingin menyenangkan hati mereka dan kononnya memaparkan keluasan dan rahmat Islam untuk sekalian alam, mereka mewacanakan pendapat fiqh yang memberikan keluasan, kemudahan dan rasa senang terhadap bukan Muslim. Kepimpinan peringkat tertinggi, perlantikan hakim syariah, perlantikan amil zakat, pengagihan daging korban dan zakat sangat mahu dibuka ruang seluas-luasnya untuk mereka. Termasuklah isu ucapan selamat ini.

Isu-isu fiqh ini yang diwacanakan semata-mata kerana mengambil kira perasaan bukan Muslim. Akhirnya, dengan sesama Muslim menjadi seteru hanya kerana tidak menerima keterbukaan, kompromi dan keluasan kepada pihak yang dia ingin membuat rasa senang. Apabila kecenderungan lebih kepada rasa senang yang bukan Muslim serta tidak begitu peduli dengan jemaah dan persaudaraan Muslim atau mahu adanya kesetaraan superioriti antara yang Muslim dan bukan Muslim, maka selidikilah penghayatan kita pada firman Allah yang telah disebutkan.

Saya tidaklah mengatakan bahawa semua yang berpihak kepada bukan Muslim adalah salah sama ada dari sudut istidlal mahupun moral, tetapi sengaja membangkitkan wacana ini berfaktorkan perhatian terhadap perasaan yang bukan Muslim, maka inilah yang dicela. 

Kalaupun sememangnya ada keringanan untuk bukan Muslim, apakah sudah tidak ada Muslim lagi yang lebih kompeten dan berkemampuan untuk diserahkan kepimpinan dan penghakiman? Apakah sudah tidak ada Muslim lagi sehingga zakat ingin diagihkan sama kedudukan dengan yang bukan Muslim? Apakah sudah tidak ada lagi kasih dan rasa kemuliaan terhadap jemaah dan persaudaraan Muslim sehingga ingin sibuk menyenangkan hati yang bukan Muslim?

Jangan sama sekali fikir tatabbu* ar-Ruẖoṣ dalam keluasan ini tidak akan ada harga dibayar. Lihat bagaimana sikapnya dalam meletakkan isu akidah dan kemuliaan Islam. Ia bagai boleh dirunding dan dilobi. Kalam yang syubhat menjadi halal atas alasan bergantung pada niat dan wujudnya ikhtilaf. Merasa kurang sopan terhadap bukan Muslim apabila tidak membalas selamat, tetapi langsung tidak ada rasa kekhuatiran berlaku kurang sopan terhadap Allah.

Lihat bagaimana sikapnya terhadap sesama Muslim. Bertegas terhadap bukan Muslim, lebih-lebih soal akidah dan kemuliaan Islam dituduh ekstrimis, jumud dan tidak terbuka. Kepentingan yang bukan Muslim lebih dijaga berbanding dengan yang Muslim. Yang tinggal pada Islam hanya pada kepercayaan peribadi, praktik ibadah, nama dan ceramah, tidak pada keseluruhan sistem. Semua inilah yang akan dibayar dalam tatabbu* ar-Ruẖoṣ.

Benar. Saya dan kesemua umat Islam juga tidak setuju kepada keekstriman. Agama yang atas dasar berlebih-lebihan dan memberat-beratkan diri juga dilarang. Namun, yang membezakan hal ini adalah di mana kita meletakkan prioriti kemuliaan Islam dan kesucian akidah apabila berhadapan dengan isu-isu yang berkaitan dengan bukan Muslim. Sejauh mana kita ingin mendahulukan persaudaraan sesama Muslim atas dasar cinta kerana Allah dan akidah yang murni inilah yang akan menentukannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/638815764623851520/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-52-sikap-menyibukkan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora