At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 146 : Memperakui Keunikan Yang Ada Pada Ulama

5 0 0
                                    

Abū Ismā*īl *Abdullah al-Anṣōriyy al-Harowiyy adalah dikenali dengan orang yang sangat lantang penentangannya terhadap aliran al-Aš*ariyy sehingga pengikut aliran itu begitu membencinya dan dia sehingga dihunuskan pedang kepadanya agar dia berdiam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abū Ismā*īl *Abdullah al-Anṣōriyy al-Harowiyy adalah dikenali dengan orang yang sangat lantang penentangannya terhadap aliran al-Aš*ariyy sehingga pengikut aliran itu begitu membencinya dan dia sehingga dihunuskan pedang kepadanya agar dia berdiam. Kekerasan al-Harowiyy sehingga Tājuddīn as-Subkiyy dalam Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō membiografikannya dan memasukkannya dalam golongan mujassimah.

Akan tetapi, kitabnya Manāzil as-Sā^irīn membuatkan para pendukungnya dan golongan yang memusuhi aliran al-Aš*ariyy secara keras kaget dan kehairanan dalam mengamati kandungannya yang sememangnya melentur kepada kehalusan sufi dan menyerlah ibarat-ibarat yang bagi mereka adalah kritikal untuk diterima. Ini menyebabkan aḏ-Ḏahabiyy menyatakan kehampaannya setelah dia menyebutkan pujian untuknya :

فيا ليته لَا ألف كتاب الْمنَازل

"Duhai! Alangkah baiknya dia tidak mengarang kitab al-Manāzil". [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 260, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, ar-Riyāḍ, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Apapun, aḏ-Ḏahabiyy masih cuba meletakkan posisi yang saksama untuknya dan menepis penggolongannya bersama golongan sufi. Dia berkata :

ورأيت أهل الاتحاد يعظمون كلامه في منازل السائرين، ويدعون أنه موافقهم ذائق لوجدهم ورامز لتصوفهم الفلسفي, وأنى يكون ذلك وهو من دعاة السنة وعصبة آثار السلف؟!

"Aku melihat ahli mengagungkan kalamnya dalam Manāzil as-Sā^irīn dan mereka mendakwa bahawa dia menyepakati mereka, merasa dengan perolehan mereka dan paragon untuk tasawwuf falsafah mereka. Dari manakah dia berada di situ, sedangkan dia salah seorang penyeru kepada sunnah dan pertalian dengan atsar salaf!?". [Taḏkiroh al-Ḥuffāẓ, jilid 3, m/s 249, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Ibn Taymiyyah juga cuba merungkaikan kalamnya yang mencetuskan kemusykilan dan kekaburan. Sebegitu juga Sa*duddīn at-Taftāzāniyy dalam Rosā^il Fī Waḥdah al-Wujūd yang membentangkan elusidasi terhadap syairnya yang seakan-akan berbongkahkan fahaman Waḥdah al-Wujūd. Malah, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah yang sudah dikenali dengan penentangannya terhadap aliran al-Aš*ariyy mensyarahkan kitab ini dengan judul Madārij as-Sālikīn sehingga ia menambah nilai kedudukan bagi kitab ini dari kalangan pengikutnya dan pembelanya.

Siapa sangka tokoh yang diangkat tinggi dalam kalangan penentang aliran al-Aš*ariyy secara keras, malah membenci tasawwuf dan sufi secara keseluruhan juga beradun kepekatan yang tebal dalam hal ehwal kesufian? Ini bukan sahaja sesuatu yang tidak terfikir oleh para pengagumnya atau pengikutnya, bahkan ia juga sesuatu yang sukar untuk ditelan realiti yang dia berinteraksi dengan sisi al-Harowiyy yang berbeza. Malah, ketika saya menelusuri beberapa forum dan tempat perbincangan salafi berkaitan dengan topik ini, wujud rasa tidak senang mereka terhadap kitab ini.

Bahkan, para sufi juga memberikan tanggapan yang positif atau sekurang-kurangnya menyejukkan sedikit kemarahan dalam jiwa mereka kerana permusuhannya bersama aliran yang mereka anuti dengan sebab kitab Manāzil as-Sā^irīn ini. Oleh itu, boleh jadi seseorang itu menjadi sufi yang bukan beraliran al-Aš*ariyy, bahkan memusuhinya dan al-Harowiyy masih ada ruang yang diterima dari pihak sufi dengan menjadikan kitab ini sebagai titik penghubung.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now