At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 164

4 0 0
                                    

Merekalah Yang Sebenarnya Miskin Dalam Wacana Ilmiah

Saya secara peribadi tidak ambil peduli sama ada benar-benar berlakunya yaqazah atau tidak pada perbahasan dalil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya secara peribadi tidak ambil peduli sama ada benar-benar berlakunya yaqazah atau tidak pada perbahasan dalil. Yang saya lebih peduli adalah apa motif, tujuan dan agenda yang terselindung di sebalik sebahagian sufi yang mempertahankan keabsahan berlakunya yaqazah ini?

Kalau pun betul berlakunya yaqazah, kenapa? Mahu membenarkan dakwaan seorang syeikh tarekat dari at-Tijāniyy bahawa dia mengalami yaqazah, iaitu melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara jaga, lalu baginda mengkhabarkan kepadanya bahawa selawat al-Fātiḥ lebih baik daripada pembacaan al-Quran yang mana dakwaan ini dibantah keras oleh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq; tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari keluarga al-Ġumāriyy dalam kitabnya «I*lām al-Muslimīn Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn»?

Apakah ini yaqazah yang ingin dipertahankan sufi? Fikirkanlah sebaik-baiknya. 

Bahkan, sebahagian mereka tidak faham topik perbahasan kita. Mereka berkata bahawa kita mengingkari yaqazah, padahal tempat perselisihan kita adalah dakwaan yang menyusul pada peristiwa yang didakwa yaqazah, bukan yaqazah itu sendiri.

Usah dilupakan bahawa hari ini apabila kita mengkritik Ibn *Arobiyy, seakan-akan ia adalah sama seperti memusuhi wali Allah, wahabi dan sebagainya yang berupa kutukan. Sedangkan, kritikan yang keras yang mengindikasikan kekafirannya terhadapnya adalah daripada kalangan ulama yang terbilang seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Mereka sendiri buat yang sama terhadap apa yang mereka kutuk dalam perbincangan tentang yaqazah apabila berkaitan dengan kritikan terhadap Ibn *Arobiyy. Bicara untuk mendedahkan kebejatan Ibn *Arobiyy adalah golongan takfīrĩ, wahabi, musuh wali Allah, orang yang tidak memahami kesufian dan lain-lain.

Sebegitu juga apabila kita mewacanakan tentang bidaah. Mereka sangka hanya wahabi sahaja yang berbincang tentang bidaah. Padahal, ia juga penglibatan daripada kalangan sufi seperti as-Suyūṭiyy melalui karyanya «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*», *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah melalui karyanya «Bida* at-Tafāsīr» dan adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy melalui karyanya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh».

Merekalah sebenarnya yang miskin dalam wacana ilmiah. Itu belum lagi kekerapan mereka yang suka menyebutkan dan menuduh orang lain mujassimah, musyabbihah dan hasywiah dalam ceramah atau wacana mereka sama ada secara langsung atau sisipan atau selitan atau secara selindung.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688395596456951808/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-164-merekalah-yang

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now