At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 157

2 0 0
                                    

Marah Terhadap Penulis Yang Mempertikai Akidah Ibn Ḥajar Al-*Asqolāniyy, Tetapi Senyap Terhadap Kutukan Terhadap Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy, Bahkan Sama-Sama Mengutuknya

Marah Terhadap Penulis Yang Mempertikai Akidah Ibn Ḥajar Al-*Asqolāniyy, Tetapi Senyap Terhadap Kutukan Terhadap Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy, Bahkan Sama-Sama Mengutuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada orang mengamuk apabila melihat judul kitab seperti ini dan mengutuk sehabis-habisnya penulis kitab ini. Malah, mereka seringkali mempersoalkan siapakah para penulis ini jika dibandingkan dengan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Namun, orang ini juga tidak merasa segan silu memburukkan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim dan menyebarkan calitan kotor terhadapnya tanpa rasa bersalah yang mana dia tidak pernah dituduh sedemikian setelah seribu tahun kewafatannya. 

Kalau tidak pun, mereka redha terhadap pertuduhan sedemikian dan menganggap ia adalah pandangan yang muktabar. Mereka tidak ada masalah pun jika pertuduhan keji seperti itu dijaja, diungkapkan dan disebut dengan penuh cercaan terhadapnya.

Kalau mereka tidak rela pun ad-Dārimiyy dicemari sedemikian, mereka langsung tidak lantang bersuara untuk mempertahankannya dan menepisnya sepertimana yang mereka lakukan terhadap Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy ketika kitab ini diterbitkan.

Siapa Abū Sa*īd ad-Dārimiyy di mata mereka? Hina sangatkah di mata mereka? Apakah mereka lebih pandai daripadanya dalam bidang akidah sehingga sanggup mengutuknya secukup-cukupnya? 

Seolah-olah tidak ada nilai tara dengan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, bahkan disisihkan sejauh-jauhnya daripadanya! Pujian kagum mereka ini terhadap ad-Dārimiyy cumalah penghias di lidah mereka, tetapi mereka menyimpan kemarahan yang meluap-luap terhadapnya.

Apakah kerana ad-Dārimiyy tidak menyebelahi mereka dalam isu akidah mennyebabkan mereka merendahkan kedudukannya sehingga tidak perlu dipertahankan secara lantang sepertimana yang dilakukan terhadap Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy?

Ad-Dārimiyy bukanlah wira bagi tokoh salaf dalam mempertahankan akidah ahli sunnah pada mereka jika ingin dibandingkan dengan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy pada mereka. Bahkan, mereka berharap kalau karya ad-Dārimiyy dalam membantah jahmian langsung tidak wujud dalam sejarah muslim kerana kuatnya berang mereka terhadap ad-Dārimiyy.

Lantas, apa beza mereka dan para penulis kitab yang mereka cela ini dalam penyingkiran seseorang ulama dari ahli sunnah kerana wujudnya penyalahan akidah menurut masing-masing? Mereka mahu menjadi sama-sama ekstrim dengan para penulis kitab ini menurut mereka atau menjadi hipokrit?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688351156674691072/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-157-marah-terhadap

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now