At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 107

19 0 0
                                    

Perkataan Daripada Naṣ-Naṣ Mutasyabihat Tentang Sifat Allah Tidak Boleh Diterjemahkan Kepada Bahasa Lain?

Perkataan Daripada Naṣ-Naṣ Mutasyabihat Tentang Sifat Allah Tidak Boleh Diterjemahkan Kepada Bahasa Lain?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ﴿٢٢﴾ إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ﴿٢٣

"Wajah-wajah mereka pada hari itu berseri. Kepada tuhannya ia memandang". [Surah al-Qiyāmah ayat 22-23].

Saya berkata kepada aliran al-Aš*ariyy secara khusus bahawa kita semua sepakat bahawa orang beriman akan melihat zat Allah dengan sebenar-benarnya pada hari akhirat dan ini adalah makna zahirnya. Adakah ini benar? Mereka menjawab: "Benar".

Saya berkata bahawa orang beriman akan melihat Allah yang bukan jisim, bukan aradh, tidak bertempat dan tidak mengambil ruang. Adakah ini benar? Mereka menjawab: "Benar".

Saya berkata kalau begitu, mengapa apabila seseorang mengisbatkan sifat al-Wajh, al-Yadayn, al-Istiwā^, an-Nuzūl dan lain-lain tanpa mengisbatkan kejisiman bersamaan dan kelaziman baginya tetap sahaja seseorang itu dituduh mujassim dan musyabbih?

Apakah kalian terpengaruh dengan perangai Jahmiyyah yang suka menuduh ahli sunnah sebagai musyabbihah? Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān, perintis kepada fahaman Jahmiyyah :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Qur^ān dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah mu*aṭṭilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now