At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 61

4 0 0
                                    

Adakah Semua Dari Keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- Perlu Diterima Dan Diikuti?

Sangat menghairankan sebahagian orang yang sentiasa mengkuduskan atau menerima apa sahaja dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tanpa perlu ditimbang dan dinilai daripada neraca ilmu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sangat menghairankan sebahagian orang yang sentiasa mengkuduskan atau menerima apa sahaja dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tanpa perlu ditimbang dan dinilai daripada neraca ilmu. Seperti tidak boleh dikritik dan dianggap tidak ada sebarang salah.

Tahukah mereka bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang berketurunan baginda ini mengutuk dan menyesatkan aliran al-Aš*ariyy? Bukan kritik, tetapi kutuk! Kitab al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd yang mengumpulkan kalamnya sudah cukup memberi gambaran jelas pendiriannya terhadap aliran ini. Dia menuduh al-Aš*ariyy sebagai golongan mu*aṭṭilah, kelompok bidaah, lebih teruk daripada Muktazilah, penipu yang mendakwa ahli sunnah, menyalahi tauhid Allah dan sifat-Nya, termasuk golongan tujuh puluh dua golongan yang sesat serta mazhab yang lebih rosak, lebih zalim dan lebih jahil.

Saya ingin tanya. Inikah sepatutnya akhlak dari keturunan baginda yang mereka yang berakronim ASWAJA selalu canangkan tentang akhlak dan adab? Bayangkan kalau salafi yang berkata sedemikian. Kalau langit boleh pecah kerana menanggung reaksi mereka tatkala salafi berkata sedemikian, pasti berkecai berkeping-kepingan. Namun, lihat sendiri apa yang disebutkan oleh orang yang menanggung darah baginda ini. Inikah akhlak yang disanjung dalam berselisih pandangan? Inikah hujah yang dibanggakan dalam menyatakan pendirian?

Malah, Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah adalah karya yang khas yang mengumpulkan kalamnya yang menentang al-Aš*ariyy. Malah, penentangannya terhadap al-Aš*ariyy sudah pun dikenali oleh mereka yang mengenali keluarga al-Ġumāriyy ini.

Nah. Tahu pula mereka yang mereka tidak boleh terima pandangan sebegitu. Baru tahu pentingnya ikutan kepada ilmu dan hujah berbanding keturunan? Selama ini bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam apabila kita mengkritik mereka yang berketurunan baginda setelah diyakini kesalahannya dari sudut hujah. Kali ini apabila sedar Aḥmad  al-Ġumāriyy berpendapat sedemikian, baru tengadah untuk meneliti hujah!

Ya. Kita memang patut memuliakan keturunan baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi mengkuduskan segalanya bukan yang dituntut dalam agama.

Benarlah bahawa iman tidak dapat diwarisi. Sudah tentu lagi kefahaman juga tidak akan diwarisi. Yang dijadikan pedoman adalah ilmunya yang sahih, bukan dari siapa keturunannya. Ini bukan pendirian hanya kepada salafi sahaja, tetapi untuk seluruh orang yang beragama Islam.

Mari kita lihat beberapa contoh kritikan ahli hadis terhadap mereka yang berketurunan baginda apabila zahirnya kesilapan yang wajib diperingatkan :

Yang pertama adalah al-Ḥasan bin Muḥammad bin Yaḥyā bin al-Ḥasan bin Ja*far bin *Ubaydullah bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata :

أخبرنا الحسن بن أبي طالب، قال: حدثنا محمد بن إسحاق بن محمد القطيعي، قال: حدثني أبو محمد العلوي الحسن بن محمد بن يحيى صاحب كتاب النسب، حدثنا إسحاق بن إبراهيم الصنعاني، قال: حدثنا عبد الرزاق بن همام، قال: أخبرنا سفيان الثوري، عن محمد بن المنكدر، عن جابر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "علي خير البشر، فمن أبى فقد كفر". هذا حديث منكر لا أعلم رواه سوى العلوي بهذا الإسناد وليس بثابت.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now