At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 40 : Sikap Menghukum Kitab Kerana Tajuk

9 0 0
                                    

Kayfa Takūnu Muḥaddiṯan karya *Abdullah bin *Abdullah bin as-Sa*d yang bermaksud "Bagaimana Engkau Boleh Menjadi Ahli Hadis?"

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Kayfa Takūnu Muḥaddiṯan karya *Abdullah bin *Abdullah bin as-Sa*d yang bermaksud "Bagaimana Engkau Boleh Menjadi Ahli Hadis?". 

Apa persepsi pertama anda apabila mendengar tajuk kitab sebegini? Adakah anda sama seperti orang yang berprasangka negatif dan memandang buruk terhadap kitab ini? Mereka yang bersangka buruk terhadap kitab ini mengatakan bahawa kitab ini mahu melahirkan orang yang berlagak seperti ahli hadis yang pakar. Mereka juga berkata bahawa kitab ini sahaja tidak cukup untuk menyampaikan ke tahap jaguhan ahli hadis. Bermacam-macam kata-kata yang buruk dilemparkan terhadap kitab ini. Padahal mereka tahu realitinya bukan seperti itu dan apa yang mereka tanggap sama sekali tidak terkongsi secara keseluruhan kepada masyarakat. Mereka melakukan tersebut kerana banyak faktor sama ada dengki, berbeza aliran, mempertahankan dogma dan lain-lain.

Kalaulah kitab ini sememangnya mahu melahirkan orang yang berlagak, sebenarnya sudah betapa banyak kitab yang tidak dinamakan sedemikian telah melahirkan orang yang berlagak. Sebenarnya, merekalah yang berlagak. Mereka fikir dengan celaan mereka itu mampu merendahkan kedudukan kitab dan menghilangkan nilai faedah padanya. Mereka fikir celaan mereka adalah betul dan bernilai buat masyarakat.

Kemudian, tanggapan mereka bahawa tidak cukup dengan membaca kitab ini mampu membekalkan keseluruhan atau kebanyakan ekstrak yang membentuk diri menjadi jaguhan. Sesiapa pun akan tahu bahawa kitab ini sahaja tidak cukup berpada dengannya tanpa perlu mereka berkata sepertinya. Jika ia tidak mampu melahirkan jaguhan, sekurang-kurangnya ia memberi jasa untuk membuka jalan dan memberi panduan.

Mereka bukannya mahu membaca apa yang terkandung dalam kitab ini. Mereka tidak mahu meneliti faedah yang boleh diperoleh dalam kitab ini. Mereka tidak mahu memperlihatkan bagaimana ia bermanfaat kepada para penuntut ilmu secara keseluruhan. Mereka langsung tidak mengetahui Apa yang mereka buat menilai dan menyangka buruk kerana nama kitab ini. 

Tidak kiralah apa pun bentuk celaannya, ia mengindikasikan mana-mana orang yang ada cita-cita untuk menjadi ahli hadis adalah tercela. Ia seperti relik yang lepas yang menghinakan orang yang selepasnya ingin mengecapinya. Menjadi rendahan adalah selamat dan menjadi sang pandai yang tidak berdaya produktif adalah kemuliaan. Sang pandai perlu mengikut arus sekelilingnya yang bodoh atau mereka akan disingkirkan. Mereka yang keluar dari dogma untuk pembaharuan intelektual yang agung dan sejati adalah perjuangan yang tidak bernilai. Itulah mereka.

Untuk hal ini, ia mengingatkan saya kepada kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy tentang realiti masyarakat pada zamannya pada 600 Hijrah. Katanya :

قد نهى إمامنا الشافعي رحمه الله عن تقليده وتقليد غيره على ما سنذكره في فصل بعد هذا. وكانت تلك الأزمنة مملوءة بالمجتهدين، وكل صنف على ما رأى، وتعقب بعضهم بعضا مستمدين من الأصلين الكتاب والسنة، وترجيح الراجح من أقوال السلف المختلفة. ولم يزل الأمر على ما وصفت إلى أن استقرت المذاهب المدونة، ثم اشتهرت المذاهب الأربعة وهجر غيرها، فقصرت همم أتباعهم إلا قليلا منهم، فقلدوا ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل. ثم تفاقم الأمر حتى صار كثير منهم لا يرون الاشتغال بعلوم القرآن والحديث، ويعيبون من يعتني بهما، ويرون أن ما هم عليه هو الذي ينبغي المواظبة عليه، وتقدمته بين يديه، من الاحتجاج للمذاهب بالآراء، وكثرة الجدال والمراء، فينقضي منهم المجلس بعد المجلس لا يسمع فيه آية تتلى، ولا حديث يروى، وإن اتفق ذكر شيء من ذلك لم يكن في المجلس من يعرف صحيحه من سقيمه، ولا إيراده على وجهه ولا فهم معناه. وغرض كل منهم قمع خصمهم وإبطال حكمه، وعدم منهم الإنصاف في مسائل الخلاف، ولا سيما لما وقفت عليهم الأوقاف.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ