At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 76

8 0 0
                                    

Tidak Menyebut Gelaran Kehormat Pada Tokoh Adalah Tanda Tidak Hormat Kepada Mereka?

Adakah tidak menyebutkan gelaran tokoh seperti al-Imām, al-Ḥāfiẓ, al-*Allāmah, al-Mujtahid, al-Faqīh, Amīr al-Mu^minīn Fī al-Ḥadīṯ dan seumpamanya ketika menyebutkan nama-nama tokoh dianggap tidak hormat kepada mereka? Hal ini perlu diteliti

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Adakah tidak menyebutkan gelaran tokoh seperti al-Imām, al-Ḥāfiẓ, al-*Allāmah, al-Mujtahid, al-Faqīh, Amīr al-Mu^minīn Fī al-Ḥadīṯ dan seumpamanya ketika menyebutkan nama-nama tokoh dianggap tidak hormat kepada mereka? Hal ini perlu diteliti.

Jika kita membaca kebanyakan karya pun sama dari yang klasik sehinga kontemporari pun dari pelbagai aliran, ramai sahaja yang menulis nama-nama tokoh yang tidak menyandangkan sekali gelaran-gelaran kehormat meskipun mereka semua bertakhta di kedudukan yang terhormat. Kalau ada pun, ia bukan kelaziman. Namun, tidak bermakna kesemua ini menunjukkan tiadanya rasa hormat atau tidak memiliki pengagungan terhadap mereka.

Contohnya, nama-nama para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Banyak sahaja dalam penulisan yang tidak menyebutkan gelaran seperti daripada Ibn *Abbās, daripada Anas bin Mālik, daripada Abū Sa*īd al-H̱udriyy dan lain-lain. Contoh yang lain adalah nama-nama tabiin yang besar seperti Mujāhid, Ṭōwūs, Ibn Sīrīn dan lain-lain. Contoh yang lain adalah nama-nama perawi yang kebesaran seperti Ḥammād bin Zayd, Ayyūb as-Saẖtiyāniyy, *Abdullah bin Idrīs dan lain-lain. Malah, dalam menyatakan sumber hadis pun, disebutkan hadis riwayat al-Buẖōriyy, riwayat Muslim dan seterusnya.

Semua ini langsung tidak ada penyebutan gelaran terhormat meskipun mereka layak mendapat sandangan tersebut. Adakah dengan tidak menyebutkan gelaran ini dianggap tidak menghormati mereka atau menganggap mereka ini adalah sekedudukan dengan kita seperti rakan sekuliah? Sudah tentu tidak sama sekali. Ia tidak pernah menjadi isu pun memandangkan telah meluas pengamalan dalam penulisan sepanjang zaman.

Lihat apa yang disebutkan Tājuddīn as-Subkiyy :

سَمِعت الشَّيْخ الإِمَام رَحمَه الله يَقُول كَانَ ابْن دَقِيق الْعِيد لَا يُخَاطب أحدا السُّلْطَان أَو غَيره إِلَّا بقوله يَا إِنْسَان غير اثْنَيْنِ الْبَاجِيّ وَابْن الرّفْعَة يَقُول للباجي يَا إِمَام وَلابْن الرّفْعَة يَا فَقِيه

Aku mendengar aš-Šayẖ al-Imām -semoga Allah merahmatinya- berkata: "Dahulu Ibn Daqīq al-*Īd tidak berbicara dengan mana-mana sultan atau selainnya melainkan dengan berkata: #Wahai manusia!# melainkan dua orang; al-Bājiyy dan Ibn ar-Rof*ah. Dia berkata kepada al-Bājiyy: #Wahai imam# dan kepada Ibn ar-Rof*ah: #Wahai faqih!#". [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 10, m/s 340, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Sedangkan, pada zaman Ibn Daqīq al-*Īd sudah ada ramai para ulama terbilang yang mungkin setara atau jauh mengunggulinya. Adakah dia menganggap kesemua mereka selain dua orang tersebut adalah sama martabatnya ketika disebutkan nama mereka? Sudah tentu tidak. Sebegitu juga dengan para ulama yang lain ketika menyebut nama mereka tanpa gelaran keilmuan.

Mungkin ada yang berkata bahawa para ulama tidak menyebut gelaran ketika menyebut nama-nama tokoh kerana mereka semua di tahap yang sama. Saya katakan, adakah para ulama kita sedang mencontohkan perkara yang tidak baik kepada para pembaca dan umat Islam secara umumnya ketika tidak menyebutkan gelaran? Sudah tentu tidak sama sekali.

*Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam Ta*rīf al-Mu^tasī Bi Aḥwāl Nafsī menceritakan bahawa bapanya tidak memanggil nama seseorang dengan namanya sahaja tanpa memangilnya "Sayyid" dan dia tida kjuga menyebutkannya sebegitu ketika berbicara di belakang mereka. Bahkan, dia menyebutkan ini kepada semua orang tanpa mengira orang yang mulia, yang alim atau yang jahil. Dia juga banyak menyebutkan "maulaku" sebagai tambahan dan pemuliaan dan penghormatan.

Apakah kalau kita tidak mencontohinya seperti ini, maka kita dan mereka yang paramarta ternama termasuk melakukan adab yang buruk serta mencontohkan teladan yang tidak baik kepada orang sekeliling? Sudah tentu tidak. Akan tetapi, mereka tetap menyebutkan mereka yang telah diperakui kewibawaannya dan kedudukan tingginya dengan penuh penghormatan walaupun tidak disebutkan gelaran keilmuan dan kemuliaan.

Bahkan, *Abdul *Azīz al-Ġumāriyy sendiri tidak begitu melazimi penyebutan gelaran keilmuan atau kemuliaan ketika menyebutkan nama tokoh ilmuwan Muslim dalam beberapa karyanya seperti menyebut nama aṣ-Ṣoġōniyy, aḏ-Ḏahabiyy dan lain-lain. Adakah dia tidak mencontohkan teladan yang baik kepada umat dan tidak mempamerkan penghormatan kepada tokoh tersebut? Sudah tentu tidak.

Malah, mereka sendiri tidak tergamak untuk mengatakan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy sekedudukan dengan al-Buẖōriyy, apatah lagi lebih. Begitu juga dengan mengatakan Yūsuf al-Qoroḍōwiyy sekedudukan dengan Ibn Daqīq al-*Īd, Ibn Bāz bersekudukan dengan Ibn Qudāmah, *Abdullah al-Ġumāriyy sekedudukan dengan as-Suyūṭiyy, at-Taftazāniyy sekedudukan dengan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy, Ibn Ḥajar al-Ḥaytamiyy sekedudukan dengan an-Nawawiyy, Ibn *Ābidīn sekedudukan dengan Abū Yūsuf dan seterusnya.

Jika ditanya mereka ini secara peribadi pun atau secara khususnya mereka yang kita julang tinggi, mereka sendiri akan mengatakan bahawa mereka ini tidak terbanding dengan pendahulu mereka yang jauh lebih berkemahiran dan berwibawa sekalipun mereka tidak melazimi penyebutan gelaran kehormat ketika menyebut nama mereka.

Oleh itu, janganlah sewenang-wenangnya menuduh bahawa tidak menyebutkan gelaran kehormat tanda seseorang itu tidak hormat kepada sarjana, ahli atau tokoh. Cuma, saya bersetuju untuk tidak memanggil mereka dengan memanggil nama manja sepertimana kita memanggil teman rapat kita yang lain. Ini salah satu cara kita menzahirkan kehormatan kita kepada tokoh.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654076084788346880/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-76-tidak-menyebut-gelaran


At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Kde žijí příběhy. Začni objevovat