At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 134

7 0 0
                                    

Keabsahan Riwayat Kata-Kata *Abdullah Bin Al-Mubārok Bahawa Puncak Menara Lebih Dekat Kepada Allah Berbanding Di Bawah-Nya" Dan Kesahihan Maknanya

Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dalam al-Maqōlāt dan mereka dari kalangan berakronim ASWAJA yang menyebarkan kalamnya menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim kerana menyatakan bahawa seseorang yang berada di atas bukit lebih dekat dengan Allah ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dalam al-Maqōlāt dan mereka dari kalangan berakronim ASWAJA yang menyebarkan kalamnya menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim kerana menyatakan bahawa seseorang yang berada di atas bukit lebih dekat dengan Allah berbanding mereka yang di kaki bukit. Namun, apabila diteliti teks asalnya, sebenarnya ia berpandukan kalam daripada *Abdullah bin al-Mubārok. Ad-Dārimiyy berkata :

كَذَلِكَ رَوَى إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ قَالَ: "رَأْسُ الْمَنَارَةِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ وَصَدَقَ ابْنُ الْمُبَارَكِ؛ لِأَنَّ كُلَّ مَا كَانَ إِلَى السَّمَاءِ أَقْرَبُ كَانَ إِلَى اللَّهِ أَقْرَبَ.

Sedemikian Isḥāq bin Ibrōhīm al-Ḥanẓōliyy meriwayatkan daripada Ibn al-Mubārok, bahawasanya dia berkata: "Puncak menara lebih dekat kepada-Nya daripada di bawahnya". Benarlah Ibn al-Mubārok. Ini kerana setiap apa yang ke langit lebih dekat yang keberadaannya kepada Allah adalah paling dekat. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 193, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Akibatnya, mereka sendiri sebenarnya telah menuduh mujassim terhadap imam ahli sunnah yang besar, *Abdullah bin al-Mubārok secara tidak langsung. Apabila terbongkar tembelang mereka, mereka mengambil jalan untuk meragukan keabsahan periwayatan ini. Namun, segala puji bagi Allah, ia tidak berjaya diragukan dan semua usaha untuk itu adalah sia-sia sepertimana yang dijelaskan dalam ciapan Twitter ini.

Ini kerana Isḥāq bin Ibrōhīm al-Ḥanẓoliyy adalah yang dikenali sebagai Isḥāq bin Rōhūyah, seorang tokoh ahli hadis yang terkenal dan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy pula adalah ahli hadis yang bukan calang-calang orangnya dari segi kejituannya dan tidak ada tuduhan tadlis terhadapnya. Keaslian penisbahan ini adalah yang tinggi nilainya dan tidak akan berjaya dirobohkan oleh sesiapapun.

Kemudian, apabila mereka sudah menemukan kegagalan, mereka bermain sentimen berhujah dengan al-Qur^ān dan hadis. Padahal, apabila salafi menyeru kepada ini, mereka jugalah yang mengatakan bahawa salafi ini berlagak mujtahid yang merasakan diri setara dengan para imam jaguhan lagi terbilang yang boleh mengeluarkan hukum secara terus daripada kedua-duanya. Sekarang, mereka buat yang sama apa yang mereka cela terhadap salafi kerana tidak mampu menerima kalam imam ahli sunnah ini. Adakah mereka sekarang lebih pandai daripada Ibn al-Mubārok sekarang ini dengna mahu merujuk terus kepada al-Qur^ān dan hadis?

Atau jika mereka tidak mampu, mereka menyerang penukilnya, bukan kepada Ibn al-Mubārok. Ini adalah taktik yang begitu keji sekali. Padahal, mereka menukilkan pandangan daripada para ulama dan mengikut apa yang mereka menukilkannya, tetapi penukil itu yang menjadi mangsa sasaran dan melupakan Ibn al-Mubārok dari titik pertikaian dan isu utama kepada perbalahan itu.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now