Adakah Ingin Mengambil Pendapat Tokoh, Maka Perlu Mengikut Semua Pendapatnya?
Ini juga salah satu cara paling bodoh dalam menentukan cara untuk memilih pandangan yang benar. Seolah-olah apabila kita ingin mengambil pendapat seseorang dalam perkara kebenaran, seseorang harus mengikuti keseluruhannya yang ada pada dirinya. Ini tidaklah benar kerana manusia tidaklah maksum. Yang benar hanyalah Allah dan Rasul-Nya. Maka, yang inilah berhak untuk diambil sepenuhnya. Manakala yang lain, bukan semuanya benar. Kita akan bersepakat dengan kebaikan dan kebenaran, kemudian kita menolak mana-mana yang menyalahinya. Inilah yang sebetulnya. Memilih sesuatu pandangan seseorang bukan bermakna dia perlu mengikut dan menyetujui kesemuanya.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/617085253638586368/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-an%E1%BA%93%C5%8Dr-2-adakah-ingin-mengambil
YOU ARE READING
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^
Non-FictionMengumpulkan pandangan saya terhadap sesuatu kalam dan pandangan orang lain yang saya temui dalam pelbagai aspek. Beberapa perkara dalam penulisan ini : (a) Mungkin beberapa Ta*līq tidak ada tajuk tertentu. (b) Boleh dibaca tanpa mengikut turutan...