At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 29 : Sikap Kita Dalam Pertanyaan Dalil

6 0 0
                                    

Sebenarnya inilah falasi yang berlaku pada orang yang sangat anti dengan orang yang bertanya tentang dalil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya inilah falasi yang berlaku pada orang yang sangat anti dengan orang yang bertanya tentang dalil. Jika pertanyaan dalil itu ketika seseorang itu belum mencapai taraf mujtahid, dia membuang kelayakan orang itu. Namun, jika seseorang itu memenuhi syarat mujtahid bertanya tentang dalil, disinidr dan diperli pula. Jikalau mujtahid itu tidak dapat tafsiran atau istidlal sesuatu nas itu dengan tafsiran sepertinya, maka dia juga akan mengejeknya dan mempermainkannya.

Padahal, dalam ar-Rodd *Alā Muḥammad bin al-Ḥasan yang dikarang oleh aš-Šāfi*iyy merekodkan soalan Muhammad bin al-Hasan: "Apa maknanya?", "Apakah ada makna selain ini?", "Apa yang menunjukkan ia adalah zahir?", "Apakah ada sunnah yang menjelaskan ini?, "Daripada mana kamu katakan yang ini?" dan lain-lain. Sepatutnya, kalau ikut logik mereka, ucapan seperti ini tidak layak bagi tokoh yang disebutkan sebagai mujtahid terbilang dari mazhab Abū Ḥanīfah kerana ini menunjukkan kurangnya ketelitian terhadap memandang hadis dan lemahnya penguasaan istidlal teks suci agama. Tidak ada pula yang menyindir: "Kamu mujtahid, tetapi kamu bertanya soalan sebegini?".

Malah, direkodkan bahawa ada mujtahid yang tidak mengetahui hadis tentang suatu perkara seperti berikut :

حدثنا أحمد بن عبد الرحمن ابن أخي ابن وهب، قال: سمعت عمي يقول: سمعت مالكا سئل عن تخليل أصابع الرجلين في الوضوء، فقال: ليس ذلك على الناس، قال: فتركته حتى خف الناس. فقلت له: عندنا في ذلك سنة، فقال: وما هي؟ قلت: حدثنا الليث ابن سعد وابن لهيعة وعمرو بن الحارث عن يزيد بن عمرو المعافري، عن أبي عبد الرحمن الحبلي عن المستورد بن شداد القرشي، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يدلك بخنصره ما بين أصابع رجليه. فقال: إن هذا الحديث حسن وما سمعت به قط إلا الساعة ثم سمعته بعد ذلك يسأل فيأمر بتخليل الأصابع.

Aḥmad bin *Abdul Roḥmān, anak saudara Ibn Wahb telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar pakcikku berkata; Aku mendengar Mālik ditanya tentang menyelati jari kedua-dua kaki dalam wuduk, maka dia berkata: "Tidak wajib ke atas manusia". Dia berkata: "Aku meninggalkannya sehingga ia memudahkan orang ramai". Aku berkata kepadanya: "Di sisi kami pada hal itu adalah sunnah". Dia berkata: "Apakah ia?". Aku berkata: "Al-Layṯ bin Sa*d, Ibn Lahī*ah dan *Amr bin al-Ḥāriṯ telah merawi hadis kepada kami, daripada Yazīd bin *Amr al-Ma*āfiriyy, daripada *Abdul Roḥmān al-Ḥubuliy, daripada Šaddād al-Qurōšiyy, dia berkata: #Aku melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- membersihkan kedua-dua jari kaki baginda dengan jari kelingkingnya#". Mālik berkata: "Sesungguhnya hadis ini adalah baik. Aku tidak pernah sama sekali mendengarnya kecuali waktu ini". Kemudian, aku mendengar dia ditanya selepas itu, lalu dia menyuruh untuk menyelati jari. [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 31-32, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Namun, apa yang jadi? Sedikit pun hal ini tidak dicela, bahkan dipuji dan dijulang pula kerana sikap yang ditonjolkan, iaitu sentiasa melazimi kebenaran. Tidak ada pula ada yang menyindir: "Kamu imam yang besar, mujtahid dan tokoh rujukan pun tidak tahu hadis ini?". Akan tetapi, orang lain yang bersungguh-sungguh dalam menuntut kebenaran diperlekeh habis-habisan! Apakah yang bertanya itu bukan setaraf Abū Yūsuf, an-Nawawiyy, al-Ḥaromayn dan lain-lain sehingga mereka tidak layak bertanya? Lantas, apakah mereka yang menemplak itu setaraf dengan mereka sehingga sanggup dan layak untuk menyatakan sedemikian? Ataukah mereka itu tidak pandai atau orang tertentu tidak pandai, lantas mereka pun menganggap orang lain tidak akan pandai dan sama-sama bodoh seperti mereka?

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now