At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 13

12 0 0
                                    

Telan Sahaja Bulat-Bulat Apa Yang Disampaikan Ulama?

Untuk komentar pandangan ini, saya mengambil daripada Su Han Wen Shu dengan mengedit beberapa hal teknikal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk komentar pandangan ini, saya mengambil daripada Su Han Wen Shu dengan mengedit beberapa hal teknikal. Katanya:

Nampak macam cerdik, sebenarnya tidak. Dia beri analogi yang tidak lengkap.

Apabila ada orang yang tiba-tiba datang bagitau kau rumah kau terbakar, perkara pertama yang engkau buat adalah sama ada balik rumah atau membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga yang berada di rumah untuk pastikan sama ada benar atau tidak rumah engkau terbakar. Setelah kita balik rumah atau hubungi ahli keluarga yang berada di rumah dan memastikan rumah kita benar-benar terbakar, barulah kita akan ambil tindakan memanggil bomba atau selamatkan barang-barang yang berharga. Di sini kita sudah nampak, perkara pertama yang kita akan buat adalah mengesahkan sama ada berita itu benar atau tidak. Sebab itu penting kita mengesahkan segala berita yang kita dapat.

Buatnya kalau orang yang bagitau rumah kau terbakar itu sengaja nak mempermainkan kau dengan prankir macam mana? Bukankah membazir tenaga pihak bomba yang datang jauh pergi rumah kau, tapi lihat tiada apa yang berlaku? Aku duduk berdekatan dengan kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Banyak kali apabila berlaku aktiviti mengabus untuk bunuh nyamuk aedes di PPR, lori bomba akan datang sebab dapat panggilan dari siapa entah. Orang yang buat panggilan itu menganggarkan telah berlakunya kebakaran sebab keluar asap berkepul-kepul ketika aktiviti sembur kabut sedang dijalankan. Ini semua berlaku sebab orang yang membuat panggilan telefon kepada balai bomba tidak mengesahkan dahulu sama ada benar-benar berlaku kebakaran atau tidak.

Jadi sama juga dengan ajaran dari para ulama. Tiada istilah telan sahaja atau percaya sahaja apa-apa kata-kata ustaz atau kiyai. Sebab sikap beginilah, bidaah mandi safar berleluasa di tanah Melayu pada zaman dahulu dan pelbagai perkara khurafat yang dibuat sehingga ada tok imam surau pun bersahabat dengan jin sebab mahu menguatkan badan untuk cari rezeki kononnya.

Aku bukan suruh tolak ulama, cuma menyarankan agar kita sentiasa berwaspada. Jika kita menelan bulat-bulat apa-apa sahaja ajaran tok guru atau imam atau ustaz hanya kerana semata-mata mereka adalah tokoh berautoriti, dikhuatiri kita mudah ditipu, melakukan bidaah bahkan tergadai akidah jika kita menurut segala apa kata-kata mereka tanpa ukuran al-Qur^ān dan Sunnah. Wallahua*lam. [Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=302867504195935&set=a.103076084175079&type=3&theater].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623740419043409920/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-13-telan-sahaja

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now