At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 62

3 0 0
                                    

Adakah Umat Islam Sudah Berputus Asa Daripada Berdakwah Untuk Sajat?

Saya tidak rasa umat Islam di Malaysia memang berputus asa untuk dakwah untuk Sajat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tidak rasa umat Islam di Malaysia memang berputus asa untuk dakwah untuk Sajat. Mereka semua sebenarnya muak dengan Sajat yang telah ditegur dengan pelbagai bentuk sama ada dengan cara lunak, cara kasar, disampaikan secara berhikmah, secara maki hamun dan pelbagai bentuk lagi yang lain. Malah, sikapnya yang suka menimbulkan rasa berang terhadap sesama Muslim yang kemuncaknya adalah menunaikan umrah dengan pakaian yang berlainan jantina serta bersolat di saf wanita.

Sememangnya betul pun Sajat bukan seorang yang ada nilai yang dibanggakan untuk dunia Muslim. Mahu dia merasa senang terhadap Islam, tetapi apa guna kalau dia sendiri tidak mengikut lunas agama dengan melakukan dosa yang dilaknat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Malah, membuat kekacauan terhadap komuniti Muslim? Dia tetap dengan kedegilannya walaupun sudah ditegur beratus-ratus kali.

Kalau dia ingin murtad kerana agama ini tidak mengizinkannya menukar jantinanya dan bersolat di saf wanita, untuk apa kita simpati lagi terhadap orang yang meninggalkan agamanya kerana agamanya tidak memberikan ruang untuk keinginan hawa nafsunya?

Orang yang ingin berkata bahawa mereka yang merasa tidak ada masalah kalau Sajat ingin murtad sebagai orang yang kehilangan hikmah, saya ingin bertanya, apa hikmah yang ingin dipersembahkan? Mahu dia merasa senang terhadap agama atau agama perlu menyenangkan hatinya? Yang mana satu membawa kepada hikmah? Adakah mengizinkan dia bersolat di saf wanita itu sebagai hikmah?

Kemudian, kalian pernah berkata bahawa pendekatan secara hukuman ini adalah tidak berhikmah. Tahukah kalian bahawa lelaki masuk tandas wanita adalah dihukum dalam undang-undang negara kita? Bagaimana mungkin komuniti Muslim yang sangat sensitif dalam isu jantina membenarkan privasi dan hak tempat mereka boleh dicabuli dan dibiarkan seseorang ajnabi masuk sebegitu sahaja hanya kerana ingin menunjukkan hikmah dalam dakwah? Ada masa, hukuman dan kekerasan adalah langkah yang paling berhikmah.

Kalian hanya berfikir soal perasaan Sajat, tetapi tidak teliti bagaimana perasaan umat ini apabila berhadapan dengan orang yang menimbulkan keresahan sekeliling untuk masa yang lama. Umat ini sudah muak dengan perangai jahatnya. K mahu simpati dengan orang yang muak terhadap agamanya kerana agama ini tidak meredhai hawa nafsunya?

Dakwah tetap perlu diteruskan. Namun, lebih elok kita fokuskan dakwah orang yang ingin mendekatkan diri dengan agama dan beriman kepada Allah, rasul-Nya dan hari akhirat. Tidak perlu sibuk lagi mereka yang hanya ingin berpaling, menyombongkan diri dan terus-menerus melanggar syariat agama.

Jangan kata umat Islam sememangnya sudah berputus asa dengan dakwah. Mereka masih lagi menyampaikan dakwah kepada Sajat dengan pelbagai cara. Namun, selagimana Sajat mahu terus melakukan sesuatu yang melanggar syariat agama dan mencetuskan kekacauan, bukan masalah pendakwah atau institusi agama atau umat Islam secara amnya, tetapi masalah Sajat sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/645681494383362048/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-62-adakah-umat-islam

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now