At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 97 : Dilemma Dalam Isbat Sifat Allah

19 0 0
                                    

Sindirian ini dalam tanggapan tentang dilemma dalam pengisbatan bahawa kalaulah isbat secara lafaz sahaja, maka itu tidak ada apa-apa manfaat kerana itu adalah menyifatkan Allah secara nama sahaja tanpa makna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sindirian ini dalam tanggapan tentang dilemma dalam pengisbatan bahawa kalaulah isbat secara lafaz sahaja, maka itu tidak ada apa-apa manfaat kerana itu adalah menyifatkan Allah secara nama sahaja tanpa makna. Kemudian, kalaulah isbat dengan makna, maka itu juga tidak ada apa-apa manfaat kerana hakikat makna itu tidak difahami sepertimana yang telah ada pada bahasa ketika mengisbatkan sifat tersebut kepada Allah, lalu terjadilah penyifatan terhadap Allah dengan sesuatu yang tidak difahami.

Sebenarnya kenyataan yang menunjukkan berlakunya dalam dilemma ini telah pun dinyatakan oleh al-Āmidiyy dalam penyemakan terhadap pandangan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy, Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf dalam pengisbatan sifat Allah. Al-Āmidiyy berkata :

ذهب الشيخ أبو الحسن الأشعرى في أحد قوليه، والأستاذ أبو إسحاق الأسفرايينى، والسلف إلى أن الرب تعالى متصف بالوجه، وأن الوجه صفة ثبوتية زائدة على ما له من الصفات متمسكين في ذلك بقوله تعالى: {ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ} لا أنه بمعنى الجارحة. ومذهب القاضى والأشعرى فى قول آخر وباقى الأئمة أن وجه الله تعالى وجوده. والحق في ذلك أن يقال: لا سبيل إلى إثبات الوجه بمعنى الجارحة لما سنبينه في إبطال التشبيه وما لا يجوز على الله تعالى، وكونه زائدا على ذاته وما له من الصفات لا بمعنى الجارحة وأنه وجه لا كوجوهنا كما أن ذاته لا كذواتنا كما هو مذهب الشيخ في أحد قوليه. ومذهب السلف وإن كان ممكنا إلا أن الجزم بذلك يستدعى دليلا قاطعا ضرورة كونه صفة للرب تعالى ولا وجود للقاطع هاهنا. وإن جاز أن يكون الدليل ظاهرا فلفظ الوجه في الآية لا دلالة له على الوجه بهذا المعنى لغة لا حقيقة ولا مجازا فإنه لم يكن مفهوما لأهل اللغة حتى يقال: إنهم وضعوا لفظ الوجه بإزائه وما لا يكون مفهوما لهم لا يكون موضوعا لألفاظهم. فلم يبق إلا أن يكون محمولا على مقتضاه لغة. وقد تعذر حمله على الحقيقة على ما تقدم وهو الوجه بمعنى الجارحة، إذ هو المتبادر من لفظ الوجه عند إطلاقه إلى الفهم. والأصل في ذلك إنما هو الحقيقة. فلم يبق إلا جهة التجوز. وهو التعبرة بالوجه عن الذات، ومجموع الصفات. ثم وإن صح التجوز به عن صفة أخرى على ما قيل. غير أن التجوز به عن الذات ومجموع الصفات أولى وذلك من جهة أنه خصصه بالبقاء. والبقاء لا يتخصص بصفة دون صفة؛ بل البارى تعالى باق بذاته ومجموع صفاته.

Aš-Šayẖ Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam salah satu pendapatnya, al-Ustāḏ Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf berpendapat bahawa tuhan Ta*ālā ini tersifatkan dengan wajah dan bahawasanya wajah adalah sifat yang sabit lagi tambahan kepada apa yang Dia memiliki sifat-sifat tersebut kerana berpegang dengan firman-Nya: {Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan} bukan dengan makna anggota. Mazhab al-Qōḍī dan al-Aš*ariyy serta yang berbaki daripada para imam ini adalah bahawasanya wajah Allah Ta*ālā adalah wujudnya.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now