At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 124 : Kepentingan Ungkapan Kasar Dalam Bantahan

3 0 0
                                    

Tidak hanya an-Nawawiyy yang melakukan sebegini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak hanya an-Nawawiyy yang melakukan sebegini. Penggunaan kata-kata kasar ini juga diungkapkan oleh tokoh ilmuwan Muslim kebesaran, khususnya ketika ingin membantah sesuatu pendapat atau menolak sesuatu pandangan. 

Contohnya adalah Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dalam an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy selalu sahaja meleretkan cemuhan terhadap Bišr al-Marīsiyy dan penganut Jahmiyyah serta melontarkan ungkapan yang pedih dibaca dan didengari. Kita pun maklum betapa buruknya akidah Jahmiyyah dan kesan parahnya terhadap umat Islam sehingga ia perlu diperingatkan secara tegas dan dilawan secara keras.

Demikian juga yang dilakukan Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam mengecam dan menyinggung aliran al-Aš*ariyy sepertimana yang dikumpulkan kalamnya oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah serta mengherdik dan membentak golongan pentaklid di pelbagai tempat.

Ada beberapa sebab mengapa ungkapan pedih dan tajam serta meleretkan cemuhan ini ada keperluan dan kepentingan. Antaranya adalah untuk mengkhabarkan betapa buruknya pandangan, kefahaman dan pengamalan tersebut sehinggakan ia tidak perlu lagi direspons secara lunak. Ia perlu disergah secara keras memandangkan ia adalah gelembung syaitan yang besar dan impak kepada kebejatan itu sangat kritikal.

Antara yang lain adalah supaya para pendengar dan para pembaca mengambil perhatian betapa kaprahnya pandangan, kefahaman dan pengamalan tersebut agar mereka menjauhkannya dengan segera dan secara total serta membenci perkara itu dengan setegas-tegas kebencian. Kadangkala, para pendengar dan para pembaca beranggapan bahawa respons secara lunak ini adalah suatu perkara yang kecil dan dalam ruang lingkup ijtihad sehingga tidak perlu dizahirkan permusuhan secara jelas. Oleh itu, dengan mengungkapkan sebegini, mereka akan tahu pendirian sebenar para penyampai dalam isu tersebut atau individu tersebut.

Sebahagian orang yang tidak faham tentang ini menganggap bahawa kata-kata kasar dan ungkapan yang tajam ini adalah perbuatan orang yang tidak sopan dan beradab. Sebegitukah mereka yang mendakwa pecinta ahli bait sebagai contoh akan berkata kepada Aḥmad al-Ġumāriyy dalam cemuhannya terhadap golongan al-Aš*ariyy? Bahkan, ungkapan dan kata-kata sedemikian adalah beradab kerana ia tindakan yang sesuai dengan situasi, status permasalahan itu dan pelbagai lagi perkara.

Adab bukan semestinya sikap percakapan yang lunak dan berperilaku santun. Ia adalah bagaimana kita tampilkan sikap kita yang sesuai dengan sesuatu situasi. Apabila seseorang itu hampir menuju kepada gaung, maka perbuatan yang beradab adalah mengheretnya sekalipun dia melawan secara keras. Itu lebih baik daripada berkata-kata secara lunak, tetapi akhirnya memudaratkan orang itu. Bukanlah itu dikatakan adab jika ia sama sekali tidak mengandungi pertimbangan kebijaksanaan.

Sebegitulah dalam isu ini. Ungkapan kasar sebegini adalah baik untuk dihamburkan meskipun ia akan menyakiti orang yang dia kritik kerana itulah ubat yang pahit ditelan, tetapi penawar atau itulah ia tamparan yang melukakan, tetapi ia menyelamatkan diri daripada gigitan nyamuk dan membunuh punca penyakitnya.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now