At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 144

1 0 0
                                    

Wajibkah Mengikuti Tarekat Kesufian Dan Apakah Tarekat Yang Selamat Untuk Diikuti?

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh sufi berketurunan Rasulullah dalam az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh pernah menyebutkan sebahagian golongan yang bertasawwuf yang jahil ini memandang rend...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh sufi berketurunan Rasulullah dalam az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh pernah menyebutkan sebahagian golongan yang bertasawwuf yang jahil ini memandang rendah orang yang tidak pernah mengikut mana-mana tarekat, tidak ada syeikh tarekat untuk bersuhbah dan tidak mengambil apa-apa wirid dalam tarekat. Mereka menganggap bahawa setiap amalan itu tidak ada nilai tanpa suhbah dan tidak ada pujian yang layak untuknya.

Kalau demikian, wajarkah mereka berkata sedemikian untuk tokoh ahli bait seperti Muḥammad az-Zamzamiyy yang telah pun meninggalkan tarekat ad-Darqōwiyah pada akhirnya dan tokoh yang terkenal dengan sufisme seperti Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy yang terkenal dengan kenyataannya bahawa tidak ada tarekat yang selamat untuk diikuti pada zaman ini? Adakah amalan mereka selama ini boleh dianggap sia-sia dan ketokohan mereka direndahkan hanya kerana tidak ada tarekat tertentu?

Saya pernah melihat bahawa sebahagian orang yang tidak dapat menerima kritikan terhadap sufi dengan merespons bahawa sesiapa sahaja yang tidak pernah mengikut tarekat, maka dia tidak layak berbicara tentangnya. Kalau sebegitu, kritikan kedua-dua tokoh ini langsung tidak dipandang dan diambil berat dalam kritikannya yang dihunuskan kepada sufi menurut mereka!

Bahkan, rata-rata sufi tidak mengambil peduli pun tentang kedua-dua mereka ini seolah-olah tidak wujud kecuali ketika ingin menentang wahabi atau yang ada kepentingan untuk mereka. Tradisi keilmuan dan semarak intelektualisme yang mereka bawa, mengembangkannya dan memperkasakannya tidak membekas dalam jiwa mereka melainkan hanya untuk membela resam tarekat mereka sahaja.

Mereka mungkin menafikan ketaksuban mereka untuk seseorang syeikh tarekat dan suatu tarekat atau menafikan bahawa mereka tidak memandang remeh terhadap orang yang tidak ada tarekat dan menganggap bahawa seseorang masih boleh menjadi ahli sufi dan bertasawwuf tanpa tarekat. Namun, apakah itu yang sebenarnya?

Saya secara peribadi sekurang-kurangnya menghormati tarekat aš-Šāḏiliyyah ad-Darqōwiyyah aṣ-Ṣiddīqiyyah yang menjadi ikutan kepada ahli bait keluarga al-Ġumāriyy kecuali Muḥammad az-Zamzamiyy yang meninggalkannya setelah beberapa tahun kemudian. Melihat manhaj dan tradisi yang mereka bawa sekurang-kurangnya dapat menafikan kenyataan al-Būṭiyy bahawa tiada tarekat yang selamat untuk diikuti pada zaman ini.

Bagi yang mengenali keluarga al-Ġumāriyy, mereka sangat lantang dalam menentang taklid dan ketaksuban terhadap mana-mana imam atau mazhab tertentu. Tentu sahaja ia termasuk kepada syeikh tarekat.

Walaupun keluarga ini kecuali Muḥammad az-Zamzamiyy menyatakan bahawa Ibn *Arobiyy adalah aš-Šayẖ al-Akbar, tetapi itu bukan bermakna mereka akan memaksumkannya. 

Ini juga yang diperakui oleh Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang merupakan murid besar yang pernah menimba ilmu dari keluarga ini seperti *Abdullah, *Abdul ʿAzīz dan Ibrōhīm. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=564171913997086&id=100012128473491].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now