At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 84 : Hakikat Penerimaan Suatu Perbezaan Pandangan

3 0 0
                                    

Benar sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Benar sekali. Contohnya adalah penerimaan makna Istawā (اسْتَوَى) kepada Istawlā (اسْتَوْلَى), iaitu menguasai pada firman Allah *Azza Wajalla :

الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

"Yang Maha Pengasih bersemayam di atas Arasy". [Surah Ṭoha ayat 5].

Mereka menganggap bahawa ia adalah makna yang diterima secara mutlak atau pemaknaan yang dalam ruang lingkup perselisihan yang muktabar untuk ayat ini, padahal ia ditolak oleh seluruh ulama salaf dan tidak sama sekali dianggap pemaknaan yang diterima atau muktabar. Orang yang taksub, pentaklid buta lagi jahil akan menempelak orang yang tidak mengakui penerimaan makna ini atau menerimanya sebagai perbezaan pandangan yang muktabar.

Benarlah kata Aḥmad bin Ḥanbal :

من ضيق علم الرجل أَن يُقَلّد

"Antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, karya *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy, jilid 8, m/s 4112, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Ini kerana dia tidak tahu atau tidak sedar atau tidak cakna kedudukan penerimaan dalam suatu perbezaan pandangan. Padahal, di sana ada perbezaan pandangan antara yang benar dengan yang batil. Di sana juga ada perbezaan pandangan antara dalil yang kuat dengan dalil yang lemah. Di sana juga ada perbezaan pandangan yang masing-masing memiliki kekuatan dalil yang setara.

Bayangkan sikap taklid ini dibawa oleh sang tolol bodoh ini apabila perlu berhadapan dengan hakikat bahawa kefahaman proses kejadian janin selama seratus dua puluh hari oleh kebanyakan ulama adalah salah dengan berdalilkan hadis ini :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الْهَمْدَانِيُّ - وَاللَّفْظُ لَهُ - حَدَّثَنَا أَبِي ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ : بِكَتْبِ رِزْقِهِ ، وَأَجَلِهِ ، وَعَمَلِهِ ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، فَيَدْخُلُهَا ، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، فَيَدْخُلُهَا

Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami; Telah menceritakan kepada kami Abū Mu*āwiyah dan Wakī* -riwayat lain- Muḥammad bin *Abdullah bin Numayr al-Hamdāniyy telah merawi hadis kepada kami -lafaz ini miliknya-; Ayahhku, Abū Mu*āwiyah dan Wakī* telah merawi hadis kepada kami, mereka berkata; Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami, daripada Zayd bin Wahb, daripada *Abdullah, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- telah menceritakan kepada kami dan baginda ialah orang yang benar lagi dibenarkan: "Sesungguhnya setiap daripada kalian dijadikan penciptaannya di perut ibu selama empat puluh hari. Kemudian terjadinya darah dalamnya tempoh itu juga. Kemudian, terjadinya daging di dalamnya tempoh itu juga. Kemudian, diutuskan malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya. Kemudian dia ditetapkan empat perkara, iaitu ditulis rezekinya, mautnya, amalannya, sengsara atau bahagia. Demi yang tiada tuhan melainkan-Nya! Sesungguhnya salah seorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli syurga serta tidak terjarak antara dia dengan syurga melainkan sejengkal, lalu ditetapkan takdir ke atasnya, kemudian dia beramal dengan ahli neraka, lalu dia masuk ke dalamnya. Sesungguhnya salah seorang daripada kalian beramal dengan amal ahli neraka sehingga tidak terjarak antara dia dengan neraka melainkan sejengkal, lalu ditetapkan takdir ke atasnya, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga dan dia masuk ke dalamnya". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Qodr, no. 4910].

Padahal kajian biologi menunjukkan ia adalah selama empat puluh hari sahaja. Ini adalah pandangan mereka yang terkemudian dan diterima kebenarannya secara pasti. Penjelasan lanjut boleh dibaca dalam jurnal "Peranan Sains Moden Dalam Interaksi Teks Hadis : Penelitian Terhadap Hadis Penciptaan Janin Manusia" oleh Mohd Yusuf Ismail dan Mohd Ali Mohd Yusuf.

Pada saat ini, patutkah mereka mengemukakan alasan seperti sang taksub yang ingin bertaklid secara tegar seperti: "Ini pandangan ramai ulama! Kamu pula siapa?" atau "Apakah patut beratus-ratus tahun lamanya telah berlalu dan telah lahirnya beratus-ratus ulama tidak menyedari kesilapan ini? Mengapa baru hari ini baru dipersoalkan kebenarannya?" atau seumpama dengannya?

Orang yang memberi jawab balas seperti ini sememangnya tidak layak pun mendudukkan diri ke dewan tradisi perbahasan ilmu secara kritis. Sampai bila kita akan tahu hakikat kebenarannya kalau masing-masing hanya bertukar-tukar nama tokoh sahaja bersama pembubuhan gelaran ketinggian dan penyebutan yang penuh takzim seakan-akan ada aura sakral, bukannya bertukar-tukar penghujahan dan pengamatan kepada kekuatannya? 

Cukuplah kita beringat dengan kata Ibn al-Jawziyy :

التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق

"Taklid kepada tokoh besar adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, karya *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy, jilid 8, m/s 4113, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Dalam isu yang telah dibuktikan kebenarannya melalui dalil dari kajian ilmu biologi yang menepati realitinya, masih lagikah mahu melonggokkan nukilan pelbagai nama tokoh ulama semata-mata untuk menyanggahi fakta yang telah nyata? Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang lagi dalam perkara ini. Wajib bagi dia mengamati dan mengkaji dalil.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656473707527766016/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-84-hakikat-penerimaan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now