At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 151 : Perhubungan Rapat Lagi Mesra Bersama Musuh Aliran?

5 0 0
                                    

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata :

العالمان المختلفان في الرأي لا تنفصم صداقته كالمحاميين يختلفان في ساحة المحكمة ويجتمعان خارجها صديقين. لكن بعض الجهلة مثل ذلك الحافد -أسخن الله عينه - اتخذوا هذا الخلاف العلمي سببا لإشغال نار العداوة فخيب الله وردهم خاسئين. رحم الله شقيقنا والكوثري. عالمي عصرهما بدون مزاحم. وجمعنا وإياهما في دار رحمته 

"Dua orang ilmuwan yang saling berselisih dalam pandangan itu tidak terurai persahaatannya seperti dua peguam yang berselisih dalam medan majisteret dan berkumpul kedua-duanya di luarnya sebagai sahabat. Akan tetapi, sebahagian orang jahil seperti pelayan itu -semoga Allah menurunkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia menangis- menjadikan perselisihan ilmu ini sebagai sebab untuk menyalakan api permusuhan di antara kami -semoga Allah mematahkan usaha mereka- dan membalas mereka sebagai orang yang lesu. Semoga Allah merahmati abang kami dan al-Kawṯariyy, dua orang ilmuwan yang tiada saingan. Semoga Dia mengumpulkan kita dan kedua-dua mereka dalam negeri rahmat-Nya". [Bida* at-Tafāsīr, m/s 180, keluaran Dār ar-Rošād al-Ḥadīṯah].

Konteks ucapan *Abdullah al-Ġumāriyy pada ini adalah ketika dia mendapat tahu bahawa abangnya, Aḥmad al-Ġumāriyy menghasilkan suatu kitab yang mendedahkan kebejatan Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dan memaparkan percanggahan pada karyanya Ta^nīb al-H̱oṭīb yang tercetus daripada ketaksubannya yang yang gusar. 

Sebelum itu juga, dia juga mendedahkan kebobrokan al-Kawṯariyy yang bersikap sangat taksub terhadap mazhab Ḥanafiyy yang bersangatan yang melangkaui ketaksuban az-Zamaẖšariyy terhadap Muktazilah sehingga merendahkan kemampuan hafalan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, bahkan memfitnahnya dengan cerita yang buruk, menistakan nasab Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy, mencela Anas bin Mālik sebagai tua renta kerana meriwayatkan hadis yang menyalahi mazhab Abū Ḥanīfah dan berusaha mensahihkan hadis palsu tentang berita gembira tentang Abū Ḥanīfah.

Timbul satu persoalan. Mengapa *Abdullah al-Ġumāriyy terus ingin bersahabat dan menjalinkan perhubungan dengannya, manakala abangnya pula mengambil langkah berseteru dengannya sehingga abangnya menyifatkan al-Kawṯariyy sebagai musuh sunnah, salaf yang soleh dan para imam kecuali golongan Ḥanafiyy kerana ketaksubannya padanya sepertimana yang terdapat dalam al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd?

Apakah kerana sama-sama berkongsi sentimen dan objektif dalam penentangannya terhadap wahabi? Adakah dia tidak menyedari sebab abangnya menulis karya bantahannya adalah kerana dia telah mencela Mālik, aš-Šāfi*iyy, Aḥmad bin Ḥanbal, *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy, al-Buẖōriyy dan sebahagian sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- seperti Anas dan Abū Huroyroh, bahkan banyak lagi kepincangan yang didedahkan? Atau dia mengetahui tentangnya, tetapi masih menganggapnya ia masih isu kecil untuk menjadi pemutus kepentingan bersama dalam persahabatan untuk satu objektif?

Adakah abangnya menghasilkan Bayān Talbīs al-Muftarī Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy sekadar untuk perbincangan ilmiah dan menzahirkan perbezaan pendapat dalam ruang lingkup perselisihan yang muktabar dan perseteruannya dengannya adalah kerana dihasut oleh pengikut bawahannya? 

Mungkin sahaja  *Abdullah al-Ġumāriyy tidak tahu bahawa *Abdul Roḥmān bin Yaḥyā al-Mu*allimiyy juga melakukan perkara yang sama seperti abangnya melalui karyanya at-Tankīl Bi Mā Fī Ta^nīb al-Kawṯariyy Min al-Abāṭīl. Dengan itu, jika dikumpulkan kedua-dua karya ini bersama, maka betapa banyaknya kebejatan yang ada sosok seorang yang diangkat tinggi sebagai ilmuwan jika disenaraikan satu persatu!

Atau sebenarnya dia menyedarinya dan telah membacanya, tetapi masih menganggap itu dalam kesalahan ringan dan demi menjaga air mukanya bersama al-Kawṯariyy agar terus bersahabat dalam suatu kepentingan? Patutkah seseorang terus berdampingan dengan orang yang terlalu taksub terhadap mazhabnya sehingga mencela tokoh kenamaan dengan tidak sepatutnya? Perangai ini mungkin sahaja sama teruk atau lebih dahsyat lagi daripada wahabi yang selalu dimomokkan dan ditentang habis-habisan.

Kita tidak tahu mengapa *Abdullah al-Ġumāriyy masih bertoleransi dan memberikan ruang untuk terus setia bersamanya sekalipun keterukan al-Kawṯariyy ini di luar kemaafan dan tidak patut didiamkan daripada umum. Tidakkah dia tahu kenyataan al-Kawṯariyy ini juga melukakan pengikut mazhab aš-Šāfi*iyy, Mālikiyy dan Ḥanbaliyy, bahkan seluruh umat dari kalangan ahli sunnah sama ada ilmuwan atau para pelajar yang celik tentang ulama disebabkan ketaksubannya yang telah melampaui batas? 

Bagi yang mengenali aliran pemikiran mereka, kedua-duanya sememangnya lantang menentang wahabi dan sememangnya tegar dengan aliran al-Aš*ariyy. Boleh jadi dia masih menjalinkan perhubungan rapat bersama al-Kawṯariyy untuk kepentingan ini atau mungkin sahaja ia lebih daripada itu.

Sebegitu juga kita tertanya-tanya mengapa ada sebahagian al-Aš*ariyy atau sufi atau kedua-duanya saling bergandingan dengan golongan wahabi sekalipun adanya perbezaan yang paling mendasar dan ia mampu membawa kepada persengketaan yang hangat antara kedua-duanya. Bahkan, sehingga golongan al-Aš*ariyy atau sufi atau kedua-duanya dituduh sebagai musang berbulu wahabi kerana kerapatannya bersama wahabi dalam menentang sebahagian sufi atau aliran al-Aš*ariyy yang dianggap menyimpang atau mereka ini seakan-akan menjadi jurucakap bagi pihak wahabi dalam menentang sesama kelompoknya.

Akan tetapi, bagaimana pihak al-Aš*ariyy atau sufi atau kedua-duanya itu berkata sepertimana *Abdullah al-Ġumāriyy ketika menjustifikasikan persahabatan, kerapatan dan hubungan mesra bersama golongan yang seringkali dituduh wahabi? Apakah mereka ini tidak tahu tentang bahaya wahabi sepertimana yang selalu diperingatkan dan ditekan-tekan dari semasa ke semasa? Atau mereka ada objektif yang lebih besar untuk mengetepikan dan bertoleransi keparahan itu sebentar?

Kemudian, kita ingin bertanya kepada mereka yang menentang kerjasama antara pihak al-Aš*ariyy atau sufi atau kedua-duanya dengan golongan yang dilabel sebagai wahabi. Kalaulah Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy masih hidup pada hari ini, apakah mereka akan bekerjasama dengannya dalam misi bersama untuk membanteras wahabi sepertimana yang dilakukan *Abdullah al-Ġumāriyy sekalipun sudah pun didedahkan kebejatannya yang cukup banyak sekali?

Kemudian, mengapa mereka ini sibuk mempertikaikan pihak  al-Aš*ariyy atau sufi atau kedua-duanya bergabung dengan pihak yang dikatakan wahabi untuk satu misi yang sama, sedangkan mereka langsung tidak mempertikaikan kerjasama *Abdullah al-Ġumāriyy dengan penghina para Sahabat -semoga Allah meredhai mereka- dan para ulama untuk suatu matlamat bersama?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/682446194155388928/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-151-perhubungan-rapat

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now