Wacana Ringkas 88 : Daripada Mana Pemaksaan Taklid Ini Mendatang?

2 0 0
                                    

Bukan kebetulan pemaksaan taklid ini berlaku secara berleluasan dan berterusan sepanjang zaman. Semestinya ada faktor yang mempengaruhi dan mendorong seseorang itu atau sesuatu kumpulan itu menjadi ganas dan buas dalam hal ini. Semuanya bermula dengan satu falasi, iaitu penilaian berdasarkan Kesan Kontras.

Misalnya, apabila mereka membaca beberapa petikan daripada ulama tentang wajibnya bertaklid dan wajibnya beriltizam hanya satu mazhab, maka mereka sebagai pembaca atau sesiapa pun yang membaca teks itu yang tidak ada gelaran terhormat sepertimana ahli ilmu yang lain seperti aš-Šayẖ, al-*Allāmah, al-Faqīh, al-Imām atau namanya langsung tidak ada dalam biografi tokoh terulung atau dia dianggap lebih inferior berbanding tokoh terseubt terus dianggap sebagai orang rendahan dan tidak ada kompeten dalam mengemudi ilmu. Bagi mereka, jika yang tulis itu adalah tokoh yang terulung, maka pembaca yang tidak ada apa-apa pengiktirafan daripada sesiapa adalah orang yang layak dipinggirkan dan tiada hak untuk disebut sebagai orang yang ada wibawa dalam ilmu.

Saya teringat kata Kaori Kanzaki dalam rancangan animasi To Aru Majutsu No Index III, episod 9: "Betul sekali. Aku memang ada kawan yang terluka ketika berdamping di sisiku. Dengan sebab itulah aku tinggalkan geraja Amakusa. Tetapi, tragedi ini bukan terjadi sebab mereka adalah lemah. Aku sebenarnya telah menganggap mereka ini lemah dan aku tidak percaya dengan kemampuan mereka. Entah mana dalam diri aku, aku telah memandang rendah terhadap mereka dan aku tidak membenarkan mereka berada di belakang aku. Kebongkakan ini, rasa superioriti ini, yang aku mahu lindungi mereka itulah tragedi yang sebenarnya! Sebab itulah aku akan atasinya. Aku percayakan mereka untuk berada di belakangku dan dengan setiap seorang antara kami memberikan sokongan bersama sepenuhnya, aku akan kembalikan semula gereja Amakusa".

Kata-kata ini memang boleh menjadi cetusan untuk membuka kecelikan dalam melihat pemikiran yang jijik seumpama ini dan peringatan yang keras terhadap golongan seperti ini. Kekotoran begini adalah disebabkan penisbahan superioriti yang disandangkan kepada orang lain, lalu dibunga-bungakan dan diaura-aurakan sehingga apabila dia ditampilkan, bagaikan sang keramat dari kayangan suci. Kemudian, penilaian seseorang itu bagus atau tidak adalah berdasarkan ukuran yang ada pada tokoh tersebut. Mana-mana yang tidak mengikut piawaian sepertimana yang ada pada tokoh itu yang mereka mengada-adakannya, maka dia diketepikan daripada orang yang mempunyai berkebolehan. Mereka akan dipandang rendah, malah dihinakan atas alasan tidak setanding dengannya atau ada keserupaan sepertinya.

Formula mereka adalah kalau tokoh itu pandai, maka orang lain adalah bodoh. Sebab itu tidak hairan mereka mudah meremehkan dan menyangka buruk terhadap orang lain, lebih-lebih mereka yang tidak sama aliran dengannya. Mereka tidak ada rasa percaya bahawa orang yang tidak ada apa-apa gelaran terhormat atau terkenal di mata masyarakat memiliki bakat dan kebolehan untuk menyerlah. Dengan formula ini yang menjadi pegangan, mereka bukan sahaja terus beralasan untuk terus dalam taklid yang tidak sihat, malah ini menjadi sebab untuk menjustifikasikan penentangan mereka dan permusuhan mereka. Hujah yang dikemukakan secara gamblangnya ditolak mentah-mentah hanya kerana menjadikan formula ini sebagai panduan dalam penilaian.

Mereka tidak ubah sepertimana penentangan kaum yang terdahulu. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا لَوْ كَانَ خَيْرًا مَّا سَبَقُونَا إِلَيْهِ ۚ وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَـٰذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ ﴿١١

Berkata orang yang kafir kepada orang yang beriman, "Jika ia baik, tentu mereka tidak mendahului kami terhadapnya". Tetapi mereka tidak diberi petunjuk terhadapnya. Pasti nanti mereka berkata, "Ini adalah pengada-adaan yang lama". [Surah al-Aḥqōf ayat 11].

Tidak ada beza pun mereka yang berkata sekarang ini bahawa kalaulah orang ini memiliki kemampuan, pasti orang ini tidak akan mendahului tokoh-tokoh kami serta mengikut piawaian yang kami tetapkan ini. Atau sepertimana firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā ini :

أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جَاءَهُم مَّا لَمْ يَأْتِ آبَاءَهُمُ الْأَوَّلِينَ ‎﴿٦٨﴾‏ أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنكِرُونَ ‎﴿٦٩

"Adakah mereka tidak mengamati al-Qur^ān atau telah datang sesuatu yang tidak datang kepada generasi terdahulu kepada mereka? Adakah mereka tidak mengenali rasul mereka, lantas mereka menjadi orang yang ingkar? Adakah mereka mengatakan kamu seorang yang gila kerananya? Sedangkan telah datang kebenaran kepada mereka, tetapi kebanyakan mereka membenci kebenaran". [Surah al-Mu^minūn ayat 68-70].

Adakah mereka tidak mahu menilai hujah yang telah terbentang mereka kerana ia dari seorang yang mereka tidak kenal yang langsung sama sekali tidak ada catatan biografinya dalam tokoh terulung atau memiliki gelaran-gelaran kebesaran? Adakah mereka mahu memandang bodoh, sedangkan kebenaran yang ditegakkan bersama penjelasan yang nyata telah datang kepada mereka? Nilailah seseorang itu pada hujahnya, bukan apa yang sekadar aksesori dan yang tiada kena mengena dengan asas keberdirian hujah itu.

Walau apapun, untuk membebaskan diri daripada cengkaman taklid bukan bermakna kita perlu hinjak dan sisihkan para ahli ilmu. Mereka juga mungkin ada keterangan yang teguh dalam mendirikan pendapat tersebut. Jika akhirnya ia menepati dengan ketelitian kita, maka kita telah menjadi seorang yang kritis. Manfaatnya akan kembali kepada kita juga. Nilailah walau dari sesiapapun. Menjadi seorang yang independen bukan bermakna perlu menganggap hina sesuka hati terhadap tokoh yang lain. Kalau demikian, apa bezanya kita dengan mereka? Beza kita dengan mereka adalah pada kepedulian kita pada hujah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653478909839572992/wacana-ringkas-88-daripada-mana-pemaksaan-taklid

com/post/653478909839572992/wacana-ringkas-88-daripada-mana-pemaksaan-taklid

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now