Wacana Ringkas 47

20 0 0
                                    

Benarkah Para Salaf Tidak Meletakkan Makna Zahir Untuk Lafaz Naṣ Yang Berkaitan Dengan Sifat Allah Yang Seolah-Olah Menunjukkan Ciri Makhluk?

Selalu yang disebarluaskan dan dicanangkan adalah para salaf tidak memahami makna zahir pada lafaz al-Qur^ān dan hadis yang berkaitan dengan sifat Allah yang menunjukkan adanya elemen makhluk seperti jisim, anggota, tempat, pergerakan dan lain-lain. Dengan kata lain, mereka melakukan pengosongan makna sama ada makna zahir atau makna lain, lalu diserahkan makna sebenar itu kepada Allah. Inilah yang dipertahankan oleh pendukung fahaman "zahir makna bukan yang dimaksudkan".

Saya katakan, bahawa ini adalah kenyataan orang yang jauh dengan nukilan salaf lagi berdelusi dengan dunia sendiri tanpa berpijak di atas lantai realiti. Kalau tidak keterlaluan, saya katakan ini sesungguhnya adalah kebohongan yang nyata untuk dinisbahkan kepada salaf bagi yang cakna dengan ungkapan-ungkapan salaf. Lihat apa yang Ḥammād bin Zayd katakan tentang Jahmiyyah :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abbād bin al-*Awwām berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīisiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Muḥammad bin *Uṯmān berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Qur^ān, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Kalaulah para salaf memahami bahawa lafaz "Allah di langit" tiada apa-apa makna dan sememangnya bukan di langit, untuk apa mereka berang terhadap Jahmiyyah yang menafikannya? Sepatutnya sepertimana mereka tidak perlu tersinggung bahawa Allah bukan di bumi dan di setiap tempat, seperti itulah mereka tidak patut terkesan jika ada yang mengingkari Allah di langit. Tidakkah sedemikian?

Kalaulah sememangnya pendapat yang menyebutkan Allah di bumi dan di setiap tempat sepertimana yang dipertahan Jahmiyyah dengan mengeksploitasi ayat-ayat al-Qur^ān yang berkaitan berhak ditentang, bukankah sepatutnya mereka yang mengatakan Allah di langit juga adalah salah jika sememangnya Allah bukan di langit? Bukankah sepatutnya para salaf menjelaskan makna sebenar bagi lafaz naṣ yang menunjukkan Allah di langit sepertimana mereka menjelaskan salah faham Jahmiyyah terhadap ayat al-Qur^ān yang menunjukkan Allah di setiap tempat. Saya tidak bermaksud bahawa wujudnya tempat bagi-Nya ketika menyebutkan Allah di langit, tetapi menunjukkan penetapan makna yang zahir dari perkataan tersebut. Oleh itu, kalaulah salaf tidak memakai makna yang zahir, tidak perlu mereka tersinggung apabila dikatakan Allah bukan di langit sepertimana tidak perlu tersinggung jika dikatakan Allah bukan di bumi dan di setiap tempat. Untuk apa mempertahankan sesuatu yang bukan dimaksudkan? Bukankah sepatutnya begitu? Seolah-olah mereka rasa sakit terhadap panahan yang tidak tepat menyasar padanya!

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now