Wacana Ringkas 92 : Berdedikasi Untuk Dunia, Namun Menjadi Lengah Untuk Akhirat?

2 0 0
                                    

Dalam urusan dunia, ramai orang berebut untuk menjadi yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam menekuni dan berdedikasi terhadap matlamat duniawi. Mereka ini berebut-rebut untuk menjadi tokoh yang berkemahiran dalam bidang yang dia ceburi dan berkhidmat secara kritis dalam lapangan yang dia berada. Hal ini bukan sahaja setiap sarjana dalam bidang tersebut menyeru kepadanya, malah agamawan juga memberikan penekanan yang besar dalam mendorong umat Islam agar menjadi progresif dan yang cemerlang dalam hal ini.

Namun, dalam urusan akhirat hanya sekadar bertaklid, diajak orang lain supaya cukup dengannya dan tidak perlu bersibuk lagi untuk usaha intelektualisme? Inilah kerancuan yang berlaku pada sebahagian umat yang menjadi pentaklid yang tegar. Mereka begitu marah jika seseorang cuba melangkaui aliran taklid dan mulai menghidupkan penganalisisan dalil, tetapi mereka tidak pernah peduli jika orang yang bermatlamatkan duniawi mendorong dirinya untuk mencurahkan segala akalnya, kudratnya, tenaganya, hartanya dan hayatnya untuk hal tersebut.

Jika permintaan dalam urusan akhirat adalah untuk yang terbaik, mengapa menjadi kefaqihan ini hanya sekadar cukup menjadi biasa-biasa sahaja dengan ikut membuta tuli, tidak berfikir dan membekukakan kegiatan intelektual, sedangkan menjadi kritis dalam pengetahuan dan beramal yang didasari dengan kefaqihan adalah tuntutan Allah dan rasul-Nya yang mana puncaknya adalah mendapat kebaikan daripada Allah Ta*ālā? Disebabkan terlalu lama dalam dunia rigid mereka, maka menjadi orang yang faqih kadangkala dia ingin menjadi penapis siapa yang dia rasa boleh dan yang tidak boleh. Itulah akibat mereka yang menjauhi pedoman al-Qur^ān dan as-Sunnah.

Saya teringat kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy bagaimana orang di zamannya mula memperlekeh gerak usaha untuk ijthad. Katanya :

ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل.

Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya. Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 100, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Apa lagi zaman ini. Cubalah sebut apabila kita menyeru kepada ijtihad dan kembali kepada pengamalan berdasarkan sunnah. Pasti kita melihat akan ada mata yang memandangnya dengan sinis dan lidah yang suka menyindir serta jiwa yang penuh dengan prasangka buruk. Inilah akibat minda taklid yang telah lama menebal. Mereka seumpama burung yang lahir di sangkar, lalu menyangka terbang itu adalah suatu penyakit dan kegilaan. Seperti itulah apabila mereka mendengar orang mahu mencapai kedudukan ijtihad dan bersungguh-sungguh untuknya.

Bahkan, kita hairan apabila dengan sesama bukan Islam, mereka menggunakan kaedah kritis bagi memahamkan tentang hakikat agama ini dengan penganalisisan dalil, sudut pengistidlalannya dan istinbatnya, tetapi hanya sekadar menyuruh cukup untuk bertaklid apabila sesama Muslim. Inilah kebebalan orang yang jauh daripada tradisi ilmu yang sebenarnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653571647001051136/wacana-ringkas-92-berdedikasi-untuk-dunia-namun

com/post/653571647001051136/wacana-ringkas-92-berdedikasi-untuk-dunia-namun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now