Wacana Ringkas 49

6 0 0
                                    

Pelampau Al-Aš*ariyy Dalam Menuduh Tajsim Terhadap Ulama Ternama

Sangat ironi yang al-Aš*ariyy mengutuk sekeras-kerasnya apabila ada salafi ekstrim mengeluarkan an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy daripada ahli sunnah, tetapi mereka berdiam diri apabila ada pelampau daripadanya menuduh musyabbihah dan mujassimah terhadap beberapa tokoh ternama yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang sejarah Muslim melainkan orang yang di zaman terkebelakangan ini.

Antaranya adalah menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai mujassimah. Tidak pernah ada sesiapa pun yang menuduh kedua-dua tokoh agung ini sebegini jelek. Antara yang lain adalah Ibn Baṭṭoh. Walaupun dia bermasalah dalam hadis, tetapi dia tidak pernah dituduh pembawa mujassimah dan musyabbihah. Antara yang lain adalah Ibn Qudāmah. Kemudian, mereka menuduh Ibn *Abdul Barr sebagai orang yang bercelaru dalam masa interaksi naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah sampai sanggup berkata dia ini dekat dengan fahaman tajsim. 

Mereka tidak terasa apa-apakah perbuatan sedemikian? Apa beza mereka dengan salafi yang ekstrim yang mereka sergah habis-habisan? 

Kenapa tuduhan lancang sebegini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Ini kerana mereka tidak biasa dengan ungkapan salaf dalam berinteraksi dengan naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Kalau dibentangkan al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy, sangat pasti ia mampu menambahkan kepedihan dalam jiwa mereka. Apatah lagi jika dibentangkan as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Malah, mereka tidak akan berani menukilkannya dan mengongsikan kalam mereka kerana itu mampu memecahkan tembelang mereka. Sebab itu, mereka tidak mampu menelan apa yang dijelaskan Ibn *Abdul Barr.

Mereka berdelusi bahawa mereka seragam dan harmoni dengan manhaj salaf, tetapi tidak mahu berpijak di dunia realitinya. Mereka sebenarnya membina jurang lebih besar antara sisi mereka dan realitinya. Mereka anggap seolah-olah karya tersebut tidak wujud, malah berharap kalau ia langsung tidak wujud. Mereka alergik dengan ungkapan dalamnya, tetapi masih tidak malu mengaku bahawa mereka berpijak di atas manhaj salaf.

Sebab itu apabila kita ingin membantu mereka untuk menjadi relevan dengan membaca, menghadam dan membuat analisis serta membentangkan bagaimana manhaj mereka seragam dan harmoni dengan apa yang tertera dalam al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, as-Sunnah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy, kita pula dicemuh dan diherdik. Sesungguhnya mereka sendiri merugikan diri sendiri dan berpaling dari tawaran untuk kebaikan mereka. Tidak perlu kasihan dengan orang yang tidak kasihan dirinya sendiri. Orang yang berakal pasti jelas siapakah sebenarnya yang menyalak lagi berdelusi. 

Selagimana mereka menjauhkan diri daripada bersemuka dan tidak mahu berdialog tentang rujukan tersebut yang mempamerkan kelurusan dan keterujian manhaj mereka, selagi itu mereka tidak ada apa-apa makna relevan. Mereka ini tidak lebih dari taksub dan membutakan diri mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/631530828824985601/wacana-ringkas-49-pelampau-al-a%C5%A1ariyy-dalam

com/post/631530828824985601/wacana-ringkas-49-pelampau-al-a%C5%A1ariyy-dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now