Wacana Ringkas 132 : Sifat Al-*Uluww Menurut Aṭ-Ṭobariyy

18 0 0
                                    

Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy berkata :

والعجبُ ممن أنكر المعنى المفهوم من كلام العرب في تأويل قول الله:"ثم استوى إلى السماء"، الذي هو بمعنى العلو والارتفاع، هربًا عند نفسه من أن يلزمه بزعمه -إذا تأوله بمعناه المفهم كذلك- أن يكون إنما علا وارتفع بعد أن كان تحتها - إلى أن تأوله بالمجهول من تأويله المستنكر. ثم لم يَنْجُ مما هرَب منه! فيقال له: زعمت أن تأويل قوله"استوى" أقبلَ، أفكان مُدْبِرًا عن السماء فأقبل إليها؟ فإن زعم أنّ ذلك ليس بإقبال فعل، ولكنه إقبال تدبير، قيل له: فكذلك فقُلْ: علا عليها علوّ مُلْك وسُلْطان، لا علوّ انتقال وزَوال

Menghairankan orang yang mengingkari makna yang difahami dari kalam orang Arab pada takwil firman Allah: {Kemudian Dia menuju ke langit} yang ia dengan makna al-*Uluww dan al-Irtifā* kerana gerun menurut dirinya terhadap bahawa akan menyebabkan -dengan dakwaannya- bahawa apabila seseorang mentakwilkannya dengan maknanya yang difahami seumpama itu, makna itu akan menjadi Dia berada di atas dan menaik selepas Dia berada di bawahnya kepada takwilnya dengan makna yang tidak diketahui yang berupa takwilannya yang amat diingkari. Kemudian, Dia tidak selamat dariapda sifat gerun daripadanya! Lalu, dikatakan kepadanya: "Jika takwil firman-Nya Istawā adalah Aqbala, adakah Dia mentadbir dari langit, lalu Dia mara kepadanya?". Jika Dia mendakwa bahawa itu bukanlah kemaraan perbuatan, tetapi kemaraan pentadbiran, maka disebutkan kepadanya: "Maka sedemikianlah! Berkatalah bahawa naik kepadanya kenaikan pemerintahan dan kekuasaan, bukan kenaikan perpindahan dan ajakan". [Jāmi* al-Bayān Fī Ta^wīl al-Qur^ān, jilid 1, m/s 430, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Aḥmad Muḥammad Šākir].

Sebahagian orang salah faham dalam kenyataan aṭ-Ṭobariyy bahawa ketika dia menetapkan makna al-*Uluww bagi (العُلُوّ), iaitu kenaikan bagi al-Istiwā^ (الاسْتِوَاء), dia tidak menetapkan zahir maknanya, tetapi hanya secara majaz, iaitu al-*Uluww di sini adalah al-*Uluww untuk pemerintahan dan kekuasaan, bukan Allah itu sendiri dengan selayaknya dengan kemuliaan zat-Nya. Lalu, dengan petikan tersebut, mereka menyimpulkan bahawa itulah yang difahami salaf.

Padahal, jika dilihat dari dialog di atas, dia berkata sedemikian bukan untuk bersetuju dengan penafsiran secara majaz dari orang yang dia menjadikannya sebagai subjek bantahan, tetapi dia sedang mengherdik orang yang menafikan makna zahir bagi al-Istiwā^ adalah al-*Uluww dengan alasan bahawa jika kita menetapkan makna tersebut, maka ini menatijahkan makna bahawa Allah itu naik ke atas setelah Dia di bawah. Lalu, dia pun mengemukakan jawab balas dengan bertanya bagaimana jika ia dimaknai dengan Aqbala (أَقَبَلَ) dan makna ini diperkenankan penerimaannya oleh orang tersebut, adakah itu akan menatijahkan makna bahawa Dia mara ke hadapan setelah Dia di belakang? Jika dijawab bahawa ia tidak semestinya bermakna demikian, tetapi dimaknai dengan mara pentadbiran-Nya, dia seakan-akan menempelak: "Lantas, mengapa tidak boleh dimaknai sedemikian pada al-*Uluww?".

Inilah sebenarnya yang dapat difahami dari keseluruhan dialog. Bahkan, kita boleh lihat beberapa bukti yang lain bahawa dia sama sekali tidak mengisbatkan sifat al-*Uluww secara majaz. Antaranya adalah katanya :

وقوله: (وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا) يقول: وإني لأظنّ موسى كاذبا فيما يقول ويدّعي من أن له في السماء ربا أرسله إلينا. وقوله: (وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ) يقول الله تعالى ذكره: وهكذا زين الله لفرعون حين عتا عليه وتمرّد، قبيحَ عمله، حتى سوّلت له نفسه بلوغ أسباب السموات، ليطلع إلى إله موسى.

Al-H̱iṭōb al-WajīzМесто, где живут истории. Откройте их для себя