Wacana Ringkas 143

4 0 0
                                    

Respons Kepada Kata-Kata Sufi: "Kamu Bukan Ahli, Malah Kamu Belum Faham Dan Belum Rasa!" Ketika Dikritik

Ketikamana kita membentangkan kritikan kepada beberapa pegangan sebahagian sufi yang menyalahi syariat dan menyeleweng dari sudut ilmiah, kita akan dapati alasan mereka adalah bahawa para pengkritiknya bukan ahli yang tiada sanad tarekat dan belum faham tentang hakikat mereka. Jika berkaitan dengan pengalaman kerohanian seperti kasyaf, mimpi, ilham dan lain-lain, mereka mengatakan bahawa kita ini belum merasai lagi dan menempuh pengalaman kerohanian sepertimana mereka. Sebenarnya, ini adalah alasan untuk mereka memalingkan diri daripada tanggungjawab ilmiah dan berdegil mempertahankan kebatilan mereka.

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam kitabnya I*lām al-Muslimīn Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn mengkritik keras terhadap seorang syeikh tarekat at-Tijāniyy yang mendakwa bahawa dia melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam keadaan jaga dan mengkhabarkan bahawa selawat al-Fātiḥ lebih baik daripada pembacaan al-Qur^ān! 

Muḥammad az-Zamzamiyy mengutip kata-kata syeikh ini dalam al-Jawāhir al-Ma*ānī bahawa dia berkata dalam merespons desakan dalam tuntutan menyatakan keabsahan dakwaan tersebut :

ومن أراد المناقشة في هذا الباب قليترك فإنه لا يفيد استقصاء حجج المقال واترك عنك محاجة من يطلب منك الحجج. فمن أراد الله حرمانه من خيرها، صرف قلبه بالوسوسة وبقوله من أين أتى خبرها

"Sesiapa yang menginginkan perbincangan pada bab ini, maka hendaklah dia meninggalkannya. Ini kerana sesungguhnya ia tidak memberi faedah evualusi hujah yang diperkatakan. Dan tinggalkan pendebatan orang yang menuntut penghujahan daripadamu. Sesiapa yang Allah mahu keharaman kebaikan daripadanya, maka Dia memalingkan jantungnya ke waswas dan pertanyaan tentang dari mana khabarnya datang". [I*lām al-Muslimīn Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn, m/s 22].

Muḥammad az-Zamzamiyy merespons kata-kata ini dengan membentaknya :

فانظر كيف لبس على أصحابه وصرفهم عن النظر في الدليل بالمغالطة والكلام الفارغ الذي هو من جنس كلام اليهود في الرد على من يجادلهم في دينهم

"Lihatlah bagaimana dia mengaburkan pengikutnya dan memalingkan mereka daripada memerhati dalil dengan sebab terjebak dalam kekeliruan dan kalam yang kosong yang ia adalah dari jenis kalam Yahudi dalam menolak orang yang berdebat dengan mereka pada agama mereka". [I*lām al-Muslimīn Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn, m/s 22].

Lihat bagaimana perangai sebahagian sufi yang apabila tidak mampu memenuhi amanah ilmiah. Dia mencari alasan untuk tidak mahu membincangkannya. Bayangkan bagaimana kalau syeikh tarekat ini atau para pengikutnya berkata kepada tokoh ahli bait ini bahawa dia bukan ahlinya yang belum memahami maksud sebenar dakwaan tersebut dan tidak ada sanad tarekat atau belum pernah merasainya untuk mendapat penampakan semisal itu atau ini adalah kalam sufi yang ada istilah dan makna khas yang tidak sama dengan cabang ilmu lain atau pengikut tarekat ini berkata kalam para wali ini perlu ditakwil! Tidak cukup jelas lagikah bahawa perbuatan sedemikian adalah tolol lagi dungu?

Padahal, tidak perlu pun menyertai tarekat tersebut dan berkhidmat dengannya untuk beberapa tempoh untuk mengetahui hakikat sebenar kebatilan dakwaan bahawa selawat al-Fātiḥ leibh baik daripada pembacaan al-Qur^ān. Orang awam kalaupun tidak tahu menjawabnya, sekurang-kurangnya mereka ada perasaan tidak enak dan menjauhi diri dari mempercayainya.

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now