Wacana Ringkas 68 : Keadilan Hukuman Bunuh Terhadap Murtad

4 0 0
                                    

Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka hendaklah mereka membunuhnya". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 2810].

Hukuman bunuh untuk murtad adalah hukuman yang paling adil jika benar perlaksanaannya.

Sebelum menghukum pesalah murtad, pertama sekali adalah mereka perlu berhujah dan berdebat dengan para ulama kita. Maksudnya, umat Islam wajib melahirkan pakar-pakar yang mampu mendepani persoalan, syubhat dan pertentangan ilmiah daripada kaum kafir. Jika ini tidak ada, maka kita tidak akan melihat rahmat di sebalik hukuman bunuh ini yang akan disebutkan kemudian.

Malah, kalau saya sebagai pemerintah, saya akan mengadakan debat perdana dari peringkat kebangsaan sehinggalah ke dunia. Setiap pengamal agama yang khususnya diamalkan di Malaysia perlu membawa wakil masing-masing untuk sertai debat perdana sama ada dari tokoh tempatan atau tokoh luar negara.

Kemudian, perlu dilihat juga jenis murtad. Jika murtad yang hanya melibatkan peribadi atau komuniti kecil, maka dia tidak dihukum. Jika kita terlalu luas dalam hal ini, maka kita telah membibitkan lagi persepsi negatif terhadap Islam. Untuk hal ini, kaum munafik di persekitaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun tidak dibunuh meskipun mereka hakikatnya adalah kafir murtad kerana baginda tidak mahu dituduh bahawa baginda membunuh para sahabatnya.

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، قَالَ عَمْرٌو : سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كُنَّا فِي غَزَاةٍ - قَالَ سُفْيَانُ : مَرَّةً فِي جَيْشٍ -فَكَسَعَ رَجُلٌ مِنَ المُهَاجِرِينَ ، رَجُلًا مِنَ الأَنْصَارِ ، فَقَالَ الأَنْصَارِيُّ : يَا لَلْأَنْصَارِ ، وَقَالَ المُهَاجِرِيُّ : يَا لَلْمُهَاجِرِينَ ، فَسَمِعَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : مَا بَالُ دَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَسَعَ رَجُلٌ مِنَ المُهَاجِرِينَ رَجُلًا مِنَ الأَنْصَارِ ، فَقَالَ : دَعُوهَا فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ فَسَمِعَ بِذَلِكَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ، فَقَالَ : فَعَلُوهَا ، أَمَا وَاللَّهِ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى المَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ عُمَرُ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ : دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا المُنَافِقِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعْهُ ، لاَ يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ وَكَانَتِ الأَنْصَارُ أَكْثَرَ مِنَ المُهَاجِرِينَ حِينَ قَدِمُوا المَدِينَةَ ، ثُمَّ إِنَّ المُهَاجِرِينَ كَثُرُوا بَعْدُ

*Aliyy telah merawi hadis kepada kami; Sufyān telah merawi hadis kepada kami; *Amr berkata; Aku mendengar Jābir bin 'Abdullah -roḍiyallahu *anhumā- berkata; Dahulu kami keluar pada suatu peperangan -Sufyān berkata pernah berkata sekali: Dalam satu pastukan-, tiba-tiba seorang lelaki daripada Muhājirīn menolak seorang lelaki daripada Anṣōr. Lalu orang Anṣōr memanggil: "Wahai Ansar!". Orang Muhājirīn memanggil: "Wahai orang Muhajirin". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mendengarkan itu, lalu berkata: "Apa yang menyebabkan kalian menyerukan hal jahiliyyah?". Mereka berkata: "Wahai Rasulullah. Seorang lelaki Muhājirīn menolak lelaki daripada orang Ansar". Baginda berkata, "Biarkanlah ia kerana ia adalah kebusukan". *Abdullah bin Ubayy mendengarkan itu, lalu berkata: "Lakukanlah! Demi Allah! Jika kami kembali ke Madinah, pasti yang mulia mengeluarkan yang hina". Hal itu sampai kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, lalu *Umar berkata: "Wahai Rasulullah, biarkan aku penggal leher munafik ini". Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Biarkanlah. Janganlah. Nanti orang ramai memperkatakan bahawa Muḥammad membunuh sahabat-sahabatnya". Ketika itu Anṣōr lebih banyak daripada golongan Muhājirin ketikamana mereka sampai ke Madīnah. Kemudian, sesungguhnya Muhājirin menjadi ramai selepas itu. [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb Tafsīr al-Qur^ān, no. 4640].

Jika murtad yang melibatkan gangguan kepada ketenteraman awam, maka murtad ini wajar dibunuh, lebih-lebih lagi kebobrokannya sudah dikenal dalam usia dunia yang lama. Namun, sebelum dibunuh, kita perlu mengenakannya tindakan undang-undang yang lain seperti kompaun, penarikan lesen kenderaan dan lain-lain.

Mengapa murtad jenis yang kedua ini sememangnya wajar dibunuh? Sebab mereka ini sombong walaupun setelah berhadapan dengan barisan para ulama yang telah menegakkan hujah ke atasnya. Malah, sudah ditanggungkan hukuman yang lain terhadapnya masih tetap ingin berdegil. Sudahlah mereka sombong, mereka pula membuat kekacauan kepada umat Islam dengan menyinggung pelbagai isu-isu agama. Patutkah umat Islam mahu hidup selama 30 tahun hanya untuk hadap dan memikirkan perangai celaka orang ini?

Sebab itulah, murtad ini paling layak sekali untuk dibunuh. Dan inilah keadilan hukuman bunuh terhadap murtad. Kita telah beri peluang untuk dia berhujah dengan ilmuan kita, namun dia tetap memilih berdegil dan membuat kacau kepada masyarakat untuk jangka masa yang panjang. Kita sudah memberikan hukuman lain berbentuk kewangan, penarikan hak dan lain-lain, namun tetap tidak mahu belajar dari kesilapan lagi. Kita sudah beri ruang yang besar kepadanya, tetapi mereka menyia-nyiakannya. Padankah orang yang menyusahkan masyarakat ini hidup lebih lama lagi? Elok sahaja ditamatkan riwayat. Lantas, umat Islam boleh menarik nafas lega mensyukuri yang beban mereka sudah terangkat.

Namun, sebelum menjalankan hukum bunuh, elok disebutkan kesalahan-kesalahannya berdasarkan sumber yang sahih atau rekod jenayah lampaunya dan saksi para ulama yang telah berdebat dengannya supaya masyarakat cakna betapa kuatnya justifikasi kita untuk membunuhnya dan supaya orang tidak membuat fitnah terhadap umat Islam yang seolah-olah ia membunuhnya secara semberono.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/645736074944069632/wacana-ringkas-68-keadilan-hukuman-bunuh-kepada

com/post/645736074944069632/wacana-ringkas-68-keadilan-hukuman-bunuh-kepada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now