Wacana Ringkas 70

17 0 0
                                    

Keluarga Al-Ġumāriyy : Keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- Yang Sufi Yang Menentang Taklid Buta, Taksub Mazhab Dan Sufi Yang Batil

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy berkata :

يجب على المتصدى لتفسير القرآن الكريم أن يتجرد من الآراء المذهبية ويوطن نفسه على تقبل ما تفيده الآية وتدل عليه ويرجع عما كان يراه أو يعتقده بخلافها لأن القرآن حجة الله على خلقه وعهده إلى عباده. إليه يتحاكمون وعن حكمه يصدرون. ولا يجوز له أن يتمحل في تأويل الآية ويتطلب الوجوه البعيدة أو يحملها على المعاني التي لا تتفق مع سياقها أو سبب نزولها لتفيد رأي فلان أو عقيدة فلان. فإن هذا تحريف لكلام الله تعالى وتغيير لمعانيه. وهو منشأ بدع التفاسير وسبب هام لكثرة وقوعها تفسير المعتزلة كما مرت الإشارة إليه. ويرتكب هذا من أهل الحديث الحافظ الطحاوي الحنفي. فإنه يتعسف في تأويل الأحاديث ويسرف في التعسف لتوافق مذهب أبي حنيفة وقد يرتكب البيهقي مثل هذا بالنسبة لمذهب الشافعية لكن على قلة. ورأيت الباجي في شرح الموطأ حين يتكلم على حديث: "كل ذي ناب من السباع ومخلب من الطير حرام"، قال: "يحتمل أن يريد بقوله حرام أنه مكروه". قلت: هذا تعسف في شرح الحديث لتوافق مذهب المالكية في كراهة السباع. ولم أقف له على غير هذا الموضع.

Wajib bagi orang menaruh perhatian terhadap tafsir al-Qur^ān yang mulia untuk membebaskan diri daripada pandangan-pandangan bermazhab dan mengutuhkan dirinya untuk menerima apa yang ayat itu memberi faedah makna dan yang menunjukkan padanya serta berpaling daripada pandangan atau kepercayaan yang menyalahinya kerana al-Qur^ān adalah hujah Allah terhadap ciptaan-Nya dan mandat-Nya kepada hamba-Nya. Padanya mereka mengambil hakim, tetapi mereka berpaling daripada ketetapannya. Tidak boleh untuk mencari helah dalam mentakwilkan ayat itu dan mencari-cari bentuk-bentuk yang jauh daripada i*rob atau menanggungnya dengan makna yang tidak selari dengan konteksnya atau sebab penurunannya untuk memanfaatkan pandangan fulan atau akidah fulan. Ini kerana ia adalah penyelewengan terhadap kalam Allah Taālā dan pengubahan maknanya. Ia adalah tempat punca bidaah dalam penafsiran dan sebab utama bagi banyak terjadinya tafsir Muktazilah sepertimana yang telah lalu isyarat tentangnya.

Yang melakukan kesalahan ini dari kalangan ahli hadis ialah al-Ḥāfiẓ aṭ-Ṭoḥāwiyy al-Ḥanafiyy. Ini kerana dia berwenang-wenang dalam penakwilan hadis dan berlebih-lebihan dalam ketidaksaksamaan demi menjadikan selari dengan mazhab Abū Ḥanīfah. Kadangkala al-Bayhaqiyy melakukan kesalahan seperti ini dengan menisbahkan diri dengan mazhab aš-Šāfi*iyy, tetapi secara sedikit. Aku pernah melihat al-Bājiyy dalam syarah al-Muwaṭṭo^ ketikamana berbicara tentang hadis: "Setiap yang bertaring yang terdiri daripada binatang buas dan yang berkuku yang terdiri daripada burung adalah haram", dia berkata: "Berkemungkinan baginda memaksudkan katanya ia adalah haram merujuk kepada makruh". Aku katakan ini adalah ketidaksaksamaan dalam syarahan hadis demi menyelarikannya dengan mazhab Mālik dalam kemakruhan daging binatang buas. Aku belum lagi mengetahui tempat selain ini untuknya. [Bida at-Tafāsīr, m/s 11-12, keluaran Dār ar-Rošād al-Ḥadīṯah].

Dalam kitab tersebut, setelah membentangkan kenyataan ini, dia memuatkan pelbagai kritikan terhadap kesalahan-kesalahan dalam tafsir yang dilakukan oleh sebahagian ahli tafsir tanpa mengira aliran atau sesiapa sahaja seperti Muktazilah seperti az-Zamaẖšariyy, Abū *Aliyy al-Jubā^iyy dan Abū Muslim al-Aṣfahāniyy, syiah seperti aš-Šarīf al-Murtaḍō, sufi sehinggalah al-Bayḍōwiy dan an-Nasafiyy. Malah ada tempat secara jelas yang dia menyebutkan pentafsiran yang salah itu dilakukan oleh kebanyakan ahli tafsir. Antara nama yang jelas yang dia singgung adalah Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy yang menilai hasan untuk hadis Ġorōnīq, Ibn *Arobiyy yang mempercayai keimanan Firaun di saat sakaratul maut dengan penjelasan secara panjang lebar, al-Farrō^, Abū as-Su*ūd dan as-Suyūṭiyy.

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now