Wacana Ringkas 35 : Makna Sebenar Ulil Amri

4 0 0
                                    

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul serta pihak berautoriti di antara kalian". [Surah an-Nisā^ ayat 59].

Kebanyakan pendapat hanya menyempitkan Ulil Amri (أُولِي الْأَمْرِ) pada makna pemimpin dan ahli ilmu sahaja, sedangkan maksud yang sebenar lebih luas lagi, iaitu merujuk kepada sesiapa yang memiliki hak terhadap sesuatu dan dia itu memiliki autoriti yang sebenar pada hak itu.

Apabila hak itu melibatkan kewangan, maka Ulil Amri ialah pemilik wang. Apabila hak itu melibatkan perhambaan sahaya, maka tuan hamba sahaya itulah Ulil Amri baginya. Apabila hak itu melibatkan rumah, maka Ulil Amri ialah pemilik rumah. Sebab itu apabila disuruh pulang, maka hendaklah dia pulang kerana dia ialah Ulil Amri yang kita perlu taat dan kita tiada hak serta autoriti sebenar pada rumah itu. Malah, kalau kita ingin memuat turun gambar seseorang dan dia tidak membenarkannya, maka kita perlu taat kerana dia memiliki autoriti secara abstrak pada gambar itu. Dan seterusnya.

"Ūlū" (أولو) adalah jamak kepada bermaksud "yang mempunyai" atau "yang memiliki", manakala al-Amr (الأمر) bermaksud perintah. Apabila diiḍōfahkan, maka ia menjadi yang mempunyai perintah. Tentu sahaja yang mempunyai perintah itu ada hak bagi sesuatu dan mempunyai autoriti terhadapnya. Sedangkan sesuatu yang wujudnya perintah padanya bukan hanya merujuk kepada pemimpin dan ahli ilmu sahaja. Boleh dikatakan bahawa Ulil Amri adalah pihak yang berautoriti atau pihak yang berkuasa sama ada individu atau institusi atau persatuan atau apa sahaja yang mempunyai bidang kuasa dalam sesuatu lapangan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624468529271472128/wacana-ringkas-35-makna-sebenar-ulil-amri

com/post/624468529271472128/wacana-ringkas-35-makna-sebenar-ulil-amri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now