Wacana Ringkas 13: Semangat Pada Perlumbaan Kejayaan Dunia Dan Kejayaan Akhirat

8 0 0
                                    

Ke mana agaknya hala tuju seseorang dalam agama ketika urusan dunia begitu bersungguh-sungguh memperoleh pencapaian yang tertinggi, tetapi dalam urusan agama dan akhirat hanya cukup sekadar taklid dan biasa-biasa sahaja? Malah, membenci pula persaingan dan keghairahan untuk menjadi sesuatu yang luar biasa untuk kebaikan diri sendiri dan umat, sedangkan berlumba-lumba dalam urusan dunia untuk menjadi yang terunggul lagi berjasa kepada dunia sangat disorak dan dipartisipasi? Disuruh pandai dalam agama sekadar seperti mengutip banyak kitab tetapi hanya menjadi keldai yang menanggung bebannya ke sana ke mari, bukan sebagai penuntut ilmu yang sejati.

Apa yang dimaknai dengan penuntut ilmu? Apa yang dituntut dari ilmu itu? Adakah sekadar yang hafalan dan telan sahaja? Atau yang mampu menjadi hidup kepada minda dan jiwa? Kalaulah ilmu hanya pada hafalan dan cukup sedut sahaja tanpa mengamatinya serta tidak perlu bersusah payah memikirkannya, apa yang membezakan seorang manusia yang hidup dengan sang burung kakak tua yang mengajuk cakap orang? Apa yang membezakan manusia yang berakal dan robot yang canggih pemprosesan datanya? Apa guna saranan al-Qur^ān tentang suruhan dan ajakan untuk berfikir kalau begini yang dijadikan sebagai pendidikan?

Agama itu akan menjadi mayat yang hidup jika pengamalannya semudah hafalan. Katakan, datang seseorang yang mempertikaikan perkara yang terkandung dalam agama ini, jika hafalan hanya sudah mencukupi, bagaimana seseorang akan dapat sediakan hujah balas dan bina kekuatan penjelasan dalam menghadapi syubhat tersebut? Ini sahaja sudah cukup untuk menyatakan bahawa sangat tidak dapat masuk akal bahawa kepakaran agama hanya didasari siapa yang lebih banyak hafalan semata-mata.

Ya, sememangnya agama menyarankan bersaing dalam hal ehwal agama baik ilmu dalam pengamalan. Sesungguhnya Allah menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji siapakah yang terbaik amalnya. Siapakah yang akan berusaha untuk menyumbangkan kebaikan kepada diri sendiri dan masyarakat. Bukan hanya pada amalan tubuh sahaja, tetapi bagaimana seseorang itu berusaha yang paling terbaik untuk membentangkan pendapat. Dengan lontaran idea dan hujah yang bernas dan padu membantu membina minda intelektual dan meneguhkan kefahaman. Lalu, dengan kefahaman itu terabadi menjadi penghayatan yang hidup dalam jiwa sehingga pengamalan itu mencapai tahap kesedaran yang benar-benar tampak kebenaran di hadapan matanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/620373282254880768/wacana-ringkas-13-semangat-pada-perlumbaan

com/post/620373282254880768/wacana-ringkas-13-semangat-pada-perlumbaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now