Wacana Ringkas 1 : Teguran Kepada Sang Pipit Yang Mahu Melagak Helang

102 2 0
                                    

Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

الجَاهِلُ لاَ يَعلَمُ رُتْبَةَ نَفْسِهِ، فَكَيْفَ يَعْرِفُ رُتْبَةَ غَيْرِهِ

"Orang jahil tidak mengetahui kedudukan dirinya, lantas bagaimana dia mengenali kedudukan orang lain?". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 11, m/s 321, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Sungguh hairan para pencela yang suka merendahkan orang lain dan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai bodoh, tetapi mereka sendiri tidak mahu keluar daripada kepompong kejahilan mereka sendiri. Sebahagian mereka tidak tahu bahasa Arab, apatah lagi ada kemampuan untuk merujuk kitab-kitab atau penulisan Arab yang diperlukan. Jika dibentangkan dalil pun, mereka sendiri tidak mampu buat analisis kerana kekurangan ilmu alat yang diperlukan. Namun, mereka masih tidak segan silu mencemuh dan mengutuk orang lain cukup-cukup seolah-olah mereka pandai melalui ungkapannya yang mempesona. Mereka berkeras juga untuk menjadi jaguh kepada masyarakat. Mereka cuba menonjolkan di hadapan orang bahawa kefahaman agama sepatutnya seperti mereka. Adakah agama di atas kebodohan itu yang mereka serukan dan dakwah kepada manusia?

Mampukah orang yang buta matanya mampu menilai kecerahan cahaya? Kemudian, buta mata itu mengatakan bahawa cahaya pelitanya lebih terang daripada yang lain? Kemudian, menyeru kepada orang ramai menuju cahaya sedangkan dia sendiri adalah buta untuk melihat cahaya yang dimaksudkan? Buta mata jasad mungkin tidak dapat diubati, namun buta mata jantung boleh diubati dengan belajar, menilai dan tawaduk.

Setiap orang ada kejahilan dan kelemahan. Yang membezakan sikap antara baik dan buruk adalah bagaimana interaksinya apabila bertemu dengan pendapat yang berlainan yang dia pegang. Jika dia tawaqquf atau tidak berlebihan dengan kadar pengetahuannya serta ada ketulusan jiwa untuk belajar dan meningkatkan ilmu, maka inilah yang terpuji. Manakala yang tercela adalah walaupun mereka sedar kekurangan mereka, namun masih mempamerkan penentangan yang keras terhadap sesuatu yang dia tidak ignoran terhadapnya. Sombong untuk tidak mahu membebaskan kemelut kebodohan sendiri, namun masih degil untuk melagak wira yang membela ilmu. Menuduh orang lain menunggang agama dan sebagainya, tetapi dia sendiri menunggang kebodohan dan hawa nafsunya.

Malah, sebahagian mereka yang menuduh orang lain sebagai memandai-mandai dan berlagak hebat, mereka sendiri tidak mampu menggunakan daya kendiri untuk membuat kajian sendiri. Malah, mereka sendiri tidak ada ilmu alat yang diperlukan untuk menggarap kefahaman. Semuanya bergantung dan diserahkan orang lain. Maksudnya, kefahaman mereka hanya ikut-ikutan, tidak ada daripadanya hasil kerja dari keringat sendiri. Skop kebenaran mereka hanya tersepit pada apa yang disuapkannya, bukan dari penerokaan sendiri. Semua kajian dan penulisan ditanggungkan kepada orang dan tidak mahu berusaha sendiri melihat kepada sudut yang lain. Jika orang yang menyuapkan mereka itu tidak ada, mereka sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Itu pun masih bersikap lancang dalam memperlekeh orang lain dan bercakap semacam pandai sangat?

Dia sendiri tidak pandai dan semuanya diserahkan kepada orang lain untuk menjadi pandai, tetapi dia sendiri tidak mahu berusaha sendiri untuk pandai. Itu pun masih menuduh orang lain memandai-mandai? Hanya kerana tidak sama selera dengan orang lain, dia enggan untuk menjamahnya. Dalam masa yang sama, berkeras bahawa orang lain adalah tercela kerana tidak seperti dunia fikirannya. Yang itu bukan memandai-mandai? Mahu berbalah, tetapi tidak ada upaya kendiri atau sengaja tidak mahu mengerahkan usaha. Yang itu bukan berlagak hebat? Sudah tahu ada kelompongan, tetapi masih berebut-berut untuk menjadi wira di mata orang?

Seruan agama sebeginikah mereka mahu sampaikan kepada masyarakat? Dakwah yang hanya didasari kebodohan dan kedunguan? Hanya mampu mengeluarkan kata-kata celaan apabila berselisih pendapat? Tanyalah diri sendiri dan jujurlah di jiwa masing-masing. Orang sebeginikah yang kita akan ikut? Orang sebeginikah yang layak dianggap waras? Manakala yang gila yang dia tuduh adalah orang yang mampu bentangkan dalil dan menyampaikan hujah yang lebih ilmiah dan lebih baik daripada sang penuduh. Patutkah? Adakah kata-kata kesat yang mereka lemparkan dan omongan kosong yang mereka beberkan itu boleh menjadi hujah ilmu yang mampu menyingkap hakikat kebodohan dan kepandaian?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/616946463822544896/wacana-ringkas-1-teguran-kepada-sang-pipit

com/post/616946463822544896/wacana-ringkas-1-teguran-kepada-sang-pipit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now