Tegas dalam akidah bukannya seseorang itu perlu bermasam muka terhadap orang yang menyelisihi kepercayaan itu, tidak mesra dengannya, banyak bersangka buruk terhadapnya, mengabaikan banyak hak yang berhak untuknya, menyisihkan banyak perkara daripadanya, mengasingkan diri daripada mereka dan lain-lain. Kalau sebegini adalah yang dimaksudkan, untuk apa keharusan perkahwinan dengan ahli kitab sedangkan perkahwinan berdiri di atas rasa kasih, cinta, saling mempercayai antara satu sama lain, memberikan hak kepada yang tersayang, sentiasa berdampingan dengannya dan sentiasa peka terhadap mereka? Namun, tegas dalam akidah ialah apabila diajak kepada kemungkaran dan hal yang bertentangan dengan syariat, kita tidak akan berkompromi untuk melakukannya dan tegas pendirian terhadapnya. Meskipun kita akan dibenci terhadapnya.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624472822029418496/wacana-ringkas-37-maksud-tegas-dalam-akidah
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb al-Wajīz
Non-FictionKoleksi wacana ringkas yang menyentuh pelbagai aspek dan isu; agama, idea, falsafah, isu kemasyarakatan, pemikiran dan lain-lain. Beberapa perkara dalam penulisan ini : (a) Mungkin beberapa wacana tidak ada tajuk tertentu. (b) Boleh dibaca tanpa men...